Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

21 June 2011

Bagaimana Serangga dan Ulat Bantu Unit Forensik??

2 komen disini yer..


Salam..
Layan Nat Geo tadi kat TV1, Kali ni cerita mengenai bagaimana lalat, berenga, dan serangga  pada tubuh mayat membantu unit forensik. Dengan hanya, mengkaji usia berenga atau lalat di mayat , unit forensik dapat tahu dengan mudah tempoh berapa lama masa mangsa sudah mati, hebat bukan? Ia bukan sekadar menghurung saja. Tapi ada maklumat pada lalat ni.

Selain itu sekiranya lalat sudah tidak ada, akan ada serangga atau ulat lain yang berdekatan dengan mayat reput tadi. Menakjubkan!! serangga yang datang dekat pada mayat yang reput itu berlainan mengikut usia mayat tersebut. Jadi, dengan melihat jenis serangga yang ada pada mayat ia juga boleh beri maklumat berguna buat forensik.

++ Bukan hanya sekadar ejen pereputan, tetapi membantu manusia! Subhanallah!!.
++ Untuk tahu lebih boleh klik link ini yer. [Forensic Entomology]
++ Ni video lebih kurang Lanun jumpa di Youtube [klik untuk lihat]

23 November 2010

Tahniah buat semua bakal guru GSST yang telah pun posting dan berkursus...

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun ucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah pun mengetahui negeri posting mereka. Sebelum ini MOE telah pun mengumumakan laman web semakan penempatan untuk temuduga Guru Sandaran Siswazah Terlatih GSST yang lalu [lamanweb semakan posting]

Calon yang berjaya kini sedang menghadiri kursus ataupun orientasi di tempat yang telah ditetapkan, antaranya di Port Dickson. Saudari CoklatUngu juga Alhamdulillah telah pun berjaya, dan bakal di tempatkan di negeri Johor. Semoga beliau dan bakal guru yang lain berjaya dalam karier. InsyaAllah..

05 September 2010

Permohonan Temu Duga Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Keluaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) - eGST

0 komen disini yer..
Kepada calon-calon temu duga guru sandaran terlatih yang tidak dapat hadir ke sesi temu duga pada 2-6 ogos 2010 disebabkan oleh majlis konvokesyen atau pengesahan senat universiti, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan boleh membuat permohonan semula melalui aplikasi e-gst yang akan dibuka mulai 1 september 2010 di laman web kementerian pelajaran malaysia.

Tarikh Permohonan : 1 September 2010 - 30 September 2010
Tarikh semakan temu duga : 18 Oktober 2010 - 22 Oktober 2010
***Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja

Untuk Permohonan : http://apps.emoe.gov.my/egst/new3/