Showing posts with label mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa. Show all posts

23 November 2010

Tahniah buat semua bakal guru GSST yang telah pun posting dan berkursus...

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun ucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah pun mengetahui negeri posting mereka. Sebelum ini MOE telah pun mengumumakan laman web semakan penempatan untuk temuduga Guru Sandaran Siswazah Terlatih GSST yang lalu [lamanweb semakan posting]

Calon yang berjaya kini sedang menghadiri kursus ataupun orientasi di tempat yang telah ditetapkan, antaranya di Port Dickson. Saudari CoklatUngu juga Alhamdulillah telah pun berjaya, dan bakal di tempatkan di negeri Johor. Semoga beliau dan bakal guru yang lain berjaya dalam karier. InsyaAllah..

08 October 2010

Konsert Adam Lambert Gay di Malaysia, Lanun bantah sekerasnya..

6 komen disini yer..
Salam...
Lanun disini ingin mengajak anda semua bersama membantah konsert Adam Lambert yang dijangka diadakan di Malaysia pada 14 Oktober nanti. Adam Lambert di kecam di Amerika tahun lalu apabila melakukan adegan lucah, berunsur seks, luar tabii dan budaya gay yang amat teruk di atas pentas di Anugerah Award Amerika. Beliau telah mencium seorang lelaki pemain keyboard dalam persembahannya.

Konsert si Adam Lambert..14.10 2010 ni... (www.ticketpro.com)

Membenarkan Adam Lambert membuat persembahan di Malaysia seakan akan mengiktiraf artis ini yang terang dan sah tidak bermoral. Lanun memohon kerajaan Malaysia membatalkan persembahan beliau di Malaysia yang pastinya akan bawa kesan buruk secara lansung dan tak lansung.

Bawah ni rakaman Adam Lambert dengan aksi lucahnya :
p/s : mahukan kita bawa artis macam ni masuk Malaysia? Artis Malaysia kalau tak bermoral pun kita benci.

26 March 2010

Video pesawat TUDM terhempas...di kawasan hutan UUM Sintok.. Sangkakan pertunjukan, rupanya tragedi maut..

4 komen disini yer..
***kalu slow buffering.. sesabo yer..

" Detik akhir pesawat Pilatus PC-7 Mark II milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus sebelum terhempas di kawasan hutan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, pagi tadi disaksikan ratusan pelajar yang menghadiri Karnival Konvokesyen Ke-23 universiti itu. "

Berita penuh :

1. Detik akhir pesawat Pilatus disaksi pelajar UUM
2. Juruterbang TUDM terbunuh dalam nahas Pilatus