Showing posts with label gadis. Show all posts
Showing posts with label gadis. Show all posts

03 October 2010

Kerajaan nak cari Amah dari negara lain? Negara mana yer sesuai?

2 komen disini yer..
rentetan kes penderaan buat Indonesia berbalah dengan Malaysia
Salam...

ROMPIN: Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pembantu rumah di negara ini, kerajaan akan mendapatkan bekalan tenaga kerja itu dari negara Asia lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kerajaan kini berusaha meningkatkan bekalan tenaga kerja bagi sektor pembantu rumah daripada negara pembekal lain seperti Thailand, Kemboja, India, Sri Lanka, Filipina dan Myanmar. Berita Penuh

Apa pendapat korang? negara mana lar sesuai menggantikan indonesia yang baru baru ni seperti tidak lagi membenarkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Walaupun khabarnya begitu, rakyat Indon masih lagi mahu bekerja di Malaysia kerana mudah dan mewah di sini.

Tapi Malaysia kena ada alternatif, dengan amik dari negara lain. Apa kata amik rakyat Malaysia sendiri kan, Bagi latihan dan gaji yang berpatutan dan kualiti yang bagus? betul tak?

26 March 2010

Video pesawat TUDM terhempas...di kawasan hutan UUM Sintok.. Sangkakan pertunjukan, rupanya tragedi maut..

4 komen disini yer..
***kalu slow buffering.. sesabo yer..

" Detik akhir pesawat Pilatus PC-7 Mark II milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus sebelum terhempas di kawasan hutan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, pagi tadi disaksikan ratusan pelajar yang menghadiri Karnival Konvokesyen Ke-23 universiti itu. "

Berita penuh :

1. Detik akhir pesawat Pilatus disaksi pelajar UUM
2. Juruterbang TUDM terbunuh dalam nahas Pilatus