Showing posts with label rogol. Show all posts
Showing posts with label rogol. Show all posts

01 December 2010

2011 Pendidikan Seks Untuk Tahun 1 - 3 & Sedikit Pendapat Peribadi Lanun...

4 komen disini yer..
Salam...
Bermula 2011 ini dikhabarkan akan bermula pengajaran pendidikan seks kepada 500 000 murid tahun satu. Kurikulum baru ni akan di ajar melalui subjek pendidikan kesihatan. Ia nya akan di dimulakan dengan Tahap 1 iaitu Darjah 1 hinggalah 3. Untuk Tahap 2, iaitu darjah 4-6 akan bermula pada tahun 2014.

Tak nafi masih ada yang fikir, pendidikan seks adalah kononya mengajar cara membuat seks, oleh kerana namanya ada perkataan seks ianya selalu disalah erti dan disalah paham. Patut ia tidak diberi nama pendidikan seks lah kan kan?

Sekiranya ianya telah benar benar dibincang dengan mendalam dan dikatakan kemeterian mendapatkan pendapat dari ramai pihak, Lanun disini ingin mengingatkan beberapa perkara :
  • Tegaskan pada murid beragama Islam, Zina adalah haram.( tak kira la guna kaedah seks selamat atau tidak mengandung)
  • Tegaskan juga perbuatan yang membawa kepada Zina. 
  • Ingatkan peringatan dan amaran dari alquran dan hadis.
  • Guru hendaklah yang berkaliber dan berniat ingin membetulkan masyarakat bukan sebab nak dapat gaji, dan sambil lewa saja. kalau cenggitu FAIL lah matlamat kurikulum ni.
  • Guru yang mengajar itu jangan dari kalangan yang gatal dan gila seks. (pantau!)
  • Lanun rasa lebih baik kelas asing perempuan dan lelaki, supaya mudah penerangan.
  • Setakat ni, ni je la Lanun terfikir..
  • Penerapan agama dan penguatkuasaan adalah lebih penting sebenarnya. 
  • Kembali lah pada Islam..penyelesaian kepada semua hal. Islam untuk kaum manusia dan jin. 
Antara isi kurikulum pendidikan seks pada januari tahun depan ialah : 

6  tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.

Baca versi penuh penerangan oleh Datu Dr Julaihi Bujang  : KLIK SINI

03 October 2010

Kerajaan nak cari Amah dari negara lain? Negara mana yer sesuai?

2 komen disini yer..
rentetan kes penderaan buat Indonesia berbalah dengan Malaysia
Salam...

ROMPIN: Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pembantu rumah di negara ini, kerajaan akan mendapatkan bekalan tenaga kerja itu dari negara Asia lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kerajaan kini berusaha meningkatkan bekalan tenaga kerja bagi sektor pembantu rumah daripada negara pembekal lain seperti Thailand, Kemboja, India, Sri Lanka, Filipina dan Myanmar. Berita Penuh

Apa pendapat korang? negara mana lar sesuai menggantikan indonesia yang baru baru ni seperti tidak lagi membenarkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Walaupun khabarnya begitu, rakyat Indon masih lagi mahu bekerja di Malaysia kerana mudah dan mewah di sini.

Tapi Malaysia kena ada alternatif, dengan amik dari negara lain. Apa kata amik rakyat Malaysia sendiri kan, Bagi latihan dan gaji yang berpatutan dan kualiti yang bagus? betul tak?

01 April 2010

Rokok Ada Sel Darah Babi??

2 komen disini yer..
Salam...

Lanun melaporkan berita ni dari Lab ECADD, baru jar lepas present untuk INOTEK 2010 UTEM. Interview panel pertama dengan seorang Tutor dan kedua dengan Engineer Sivakumar. Panel keduf a betul betul menguji knowledge Lanun dalam projek PSM Lanun nie.

Kebetulan Eng. Siva ada knowledge yang banyak dalam projek-projek elktronik, sehingakan yang bertaraf dunia. Jadi tadi memang kene question gila-gila juger. Tapi Alhamdulillah dah setel, markah tawakal jelah.

Actually nak share berita kosmo online untuk hari ni :
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. [berita_lanjut] 
Betul ker? Rokok Malaysia atau yg Luar Negara?

31 March 2010

Mai Secawan.... Kopi Radix dan Blogging Apa Khasiatnya???

2 komen disini yer..
Salam...

Jumper lagi kiter dalam slot kesihatan oleh Dr. Lanun he3.. Hari ni Lanun nak share khasiat Kopi Radix. Walaupun tajuk kat atas tu khasiat blogging skali, tapi hanyalah rekaan semata mata. Lanun masih tak jumpa lagi khasiat blogging nih..

Lanun kirenyer macam promote jugaklah la ni. Promote supaya menggantikan kebiasaan meminum kopi kopi seperti nescafe, kopiko, eagle, n bla3..Seru semua beralih kepada produk kopi radix dari membeli kopi konvensional seperti yang ada kat pasaran sekarang.


Jom sambung  baca lagi kat bawah ni Lanun cerita sket pasal Kopi Radix  Mai Secawan...