Showing posts with label 1 mei. Show all posts
Showing posts with label 1 mei. Show all posts

01 December 2010

2011 Pendidikan Seks Untuk Tahun 1 - 3 & Sedikit Pendapat Peribadi Lanun...

4 komen disini yer..
Salam...
Bermula 2011 ini dikhabarkan akan bermula pengajaran pendidikan seks kepada 500 000 murid tahun satu. Kurikulum baru ni akan di ajar melalui subjek pendidikan kesihatan. Ia nya akan di dimulakan dengan Tahap 1 iaitu Darjah 1 hinggalah 3. Untuk Tahap 2, iaitu darjah 4-6 akan bermula pada tahun 2014.

Tak nafi masih ada yang fikir, pendidikan seks adalah kononya mengajar cara membuat seks, oleh kerana namanya ada perkataan seks ianya selalu disalah erti dan disalah paham. Patut ia tidak diberi nama pendidikan seks lah kan kan?

Sekiranya ianya telah benar benar dibincang dengan mendalam dan dikatakan kemeterian mendapatkan pendapat dari ramai pihak, Lanun disini ingin mengingatkan beberapa perkara :
  • Tegaskan pada murid beragama Islam, Zina adalah haram.( tak kira la guna kaedah seks selamat atau tidak mengandung)
  • Tegaskan juga perbuatan yang membawa kepada Zina. 
  • Ingatkan peringatan dan amaran dari alquran dan hadis.
  • Guru hendaklah yang berkaliber dan berniat ingin membetulkan masyarakat bukan sebab nak dapat gaji, dan sambil lewa saja. kalau cenggitu FAIL lah matlamat kurikulum ni.
  • Guru yang mengajar itu jangan dari kalangan yang gatal dan gila seks. (pantau!)
  • Lanun rasa lebih baik kelas asing perempuan dan lelaki, supaya mudah penerangan.
  • Setakat ni, ni je la Lanun terfikir..
  • Penerapan agama dan penguatkuasaan adalah lebih penting sebenarnya. 
  • Kembali lah pada Islam..penyelesaian kepada semua hal. Islam untuk kaum manusia dan jin. 
Antara isi kurikulum pendidikan seks pada januari tahun depan ialah : 

6  tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.

Baca versi penuh penerangan oleh Datu Dr Julaihi Bujang  : KLIK SINI

Mulia kerana Islam...

0 komen disini yer..
Salam...

"Kalau Melayu berjuang kerana Islam. Melayu layak jadi tuan. Kalau Melayu tidak berpegang dengan ajaran Islam, orang Melayu juga tidak layak."

Satu qoute yang cukup bermakna untuk kita renungi sama sama. Teringat satu kisah dimana Saidina Umar, tidak suka berbangga bangga, kerana dulu kaum Arab Jahiliah sangat lah hina dengan kehidupan mereka yang carcamarba, tetapi dengan kehadiran Islam, kaum arab telah dimuliakan dan Allah Pemilik Segala Kerajaan kurniakan tamadadun hebat pada mereka.

Jika kita ingin hebat, bina tamadun Melayu yang gemilang. atas nilah jawapannya...

28 November 2010

Putus tunang punca Teacher Shida buat miming selambe di Youtube

12 komen disini yer..

Salam..
Lanun baru membaca artikel  terbaru CikguDahlia berkaitan Tacher Shida yang cukup popular di Youtube kerana aksi miming selambanya. Lama dah Lanun tengok video dia ni, jadi kat sini Lanun pun nak amik kesempatan komen jugak. Mengikut pa yang Lanun tahu, beliau merupakan cikgu bahasa inggeris, dan turut juga mengajar muzik. Kerana videonya yang "menarik" ia juga  jadi buah mulut dan guarauan Lanun dan kawan kawan kat tempat keje. 

Punca : 
Selepas membaca artikel kat CikguDahlia dan blog yang jadi sumber rujukannya, jelaslah punca Teacher Shida (Channel Youtube) yang berasal dari Parit, Perak itu adalah tekanan dan kecewa akibat putus tunang. Maklumat ini boleh dikatakn reliable kerana dari cikgu jugak.

Peringatan :
Tapi.. perlu dingat sebagai Muslim dan Muslimah kita perlu jaga adab dan batas batas kita. Tak salah buat video di Youtube tetapi ada garis panduan yang telah Islam syaratkan bila muncul dikhalayak, lebih lagi saluran umum macam tu. Jadi berpeganglah pada tu, semoga apa kita buat tidak mendapat murka Allah SWT.

Harapan : 
Pada Teacher Shida, bersabarlah dan carilah ketenangan yang sebenar bukan dengan cara tu, tak lupa juga  semoga bertemu jodoh dengan suami yang soleh Insyaallah... :-)

Cerita asal & lebih lagi maklumat ttg TeacherShida : http://az-arepa.blogspot.com
p/s : banyak video miming ciptaan TeacherShida telah didelete.

Kisah Ruben Yang Mencari Tuhan Alam & Tujuan Kehidupan Manusia...akhirnya memeluk Islam..

2 komen disini yer..
Salam..
Dah 14 tahun dah pun kisah ni, 1996 seorang anak muda dari Australia telah menemui apa yang dicarinya selama ni. Pemilik alam ini, tuhan kepada segala makhluk di bumi dilangit dan diantaranya. Anak muda ni bernama Ruben ( nama barunya Abu Bakar ) telah mengkaji banyak agama, dan 1 agama saja dia tak siasat..iaitu Islam.

Tapi akhirnya dia memeluk Islam. Bagaimana? Kenapa? Keajaiaban apa yang dia nampak?

Bawah ni Lanun kongsikan video kisah Ruben ni :  

Bahasa dalam video ini mungkin terlalu laju atau sukar difahami jadi rujuk versi teks (versi english recommended, sebab lengkap)

+ Versi Teks : (english version recommended) Abubakr.html
+ Versi Teks (bahasa melayu) : TAK SELENGKAP versi english : Ruben-dari-australia.html


(semoga Allah merahmati beliau)

Versi Mix dengan Lagu Maher Zain + sedutan kisah Abu Bakar / Ruben :

Mungkinkah akan berlaku perang besar antara Korea Utara dan Korea Selatan?

1 komen disini yer..
Salam...
Minggu lepas kecoh dengan serangan meriam dan roket yang dilancarkan oleh Korea Utara (Pro Komunis) terhadap sempadan di Pulau Korea Selatan (Demokrasi Pro Amerika). Serangan tu menyebabkan 4 orang telah terkorban.

Hari ini Korea selatan memulakan latihan dengan tentera US sebagai tanda amaran pada serangan minggu lalu. Pastinya seperti negara lain (singapura, jepun, DLL) mereka dibantu oleh US yang menjadi sekutu mereka. Sekiranya terjadi apa apa US akan backup Korea Selatan demi menghapuskan musuh tradisi ni. Lagipun US memang tak suka Korea Utara, antara sebabnya dia ada Nuklear dan tak takut dengan kuasa kuasa besar.

Sekiranya terjadi perang besar, entah siapa la akan menang. Tapi Lanun fikir US pasti nak perang ni berlaku supaya dapat hapuskan nuklear dan pemimpin Korea Utara yang sememangnya musuh Amerika. Semoga tiada peperangan yang berlaku, kesan nya amat buruk. 

Aksi Sebenar Ala Shaolin Soccer

1 komen disini yer..
Salam..
Selamat pagi semua bloggers, Lanun ucapkan selamat berhujung minggu. Korang nak wat per hari ni? Dah ada cadangan nak pergi mana mana? Tak tau nak update per, ni Lanun sharekan 1 video dari facebook. Aksi Fifastreet dan Parkour main bola yang ala ala shaoling soccer lak. Jom Tengok.

27 November 2010

Tentera Israel roboh masjid di Nablus kelmarin

4 komen disini yer..

NABLUS, 26 Nov: Agensi Berita Palestin, Ma’an, kelmarin (25 November) melaporkan jentolak (bulldozer) Israel telah meratakan sebuah masjid di persekitaran Yazra di bahagian timur pusat bandar Tebing Barat Tuba.

Tentera Israel mendakwa bahawa masjid itu dibina tanpa mendapat keizinan pihak berkuasa, lapor laman web Haluan Palestin. Tuba adalah sebuah bandar kecil Palestin di Tebing Barat timur laut, terletak hanya 21 kilometer (13 batu) timur laut Nablus, beberapa kilometer barat Sungai Jordan.

Ahmad As’ad, seorang pegawai Palestin, menyatakan bahawa tentera Israel menyerang kawasan yang dianggap sebagai lapangan latihan ketenteraan, dan mereka menyatakan bahawa kawasan ditutup kerana ianya kini zon tentera.

Kemudian mereka telah menghancurkan satu-satunya masjid yang ada di kawasan itu. Masjid tersebut dibina pada tahun 1967 dan warga penduduk telah memperbesarkan kawasan masjid itu dengan dua bilik tambahan.

As’ad menambah bahawa warga penduduk memiliki surat-surat rasmi yang membuktikan kebenaran untuk pembangunan masjid di kawasan tersebut pada tahun 1967, dan kedua-dua bilik itu ditambah kerana peningkatan jumlah penduduk yang hadir ke masjid tersebut.

Lanunsepet : Saudara kita di Palestin ditindas di tanah mereka sendiri, betapa kejamnya Israel. Ya Allah engkau teguhkanlah pakatan pejuang di Palestin dan teguhkanlah hati kami untuk membantu Palestin.

26 November 2010

Kena tembak! tapi tak nak mati selagi tak buat....

5 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan dengan korang 3 kartun komik pendek yang Lanun dapt dari carigold forum. Ada 3 cerita yang berlainan tapi permulaan nya sama, watak komik ni kena tembak. Pas kena tembak, dia nazak nak mati tapi... dia tak nak mati selagi tak buat perkara perkara yang diidamkannya. Jom kita tengok, memang kelakar. (credits to TT in cari goldforum)

Sila baca dari atas kebawah yer :


Paham ke tak? Kalau tak paham..gini ceritanya.

Komik 1 : Lelaki mangsa tembakan tu gagahkan dirinya lepas kena tembakan kat dada, walau tersiksa dia tabah jugak sebab nak cpi citanya, kahwin, dpt anak, besarkan anak, bw anak masuk U, konvo, anak dia kahwin, dapat cucu,smpi ke hari tua pun tak mati mati ha3..sebab nak cpi semua cita cita tu. Tengok tangan dia tu, masih lagi pegang dada berdarah tu. 

Komik 2 : Mangsa tembakan tu sedaya upaya tabahkan diri, pas kena tembak cepat cepat pergi kedai jual video tape, atau DVD dan layan semua cerita yang dia nak sebelum ajal nya sampai. Mungkin drama bersiri yang sedih kot, sebab ada banyak tisu. Pas habis siri drama dan banyak tisu dah habis sambil menahan sakit akhirnya dia mati.

Komik 3 : yang ini macam komik nombor 2, tapi bukan video tape tapi nak makan sebanyak mungkin makanan yang dia tak pernah rasa sepanjang hidupnya, pas habis makan semua tu sampai kenyang dia pun mati kat meja, termenung waiter n tukang masak tu. Apa punya orang daa.. lepas bayar bil dan dapat makan apa yang dia teringin. 

Tak nak mati selagi tak buat perkara tu..ha3. Ini komik jepun kalau Lanun tak silap. Dan ini hanya untuk suka suka saja.

30 April 2010

1 Mei Hari Hargai Pekerja..... Adakah Korang Blogger Dan Juga Pekerja Yang Berhemah ??

4 komen disini yer..
selamat hari pekerja....Blogger ade cuti ka?
Salam..
1 Mei ni semua yang bekerja akan dapat public holiday sempena Hari Pekerja, semua akan cuti, pakcik makcik kakak abang yang bekerja semua cuti. Ada yang tak cuti ker? mesti ada punyer, ayahanda Lanun dari dulu kerja takdak cuti pun hari pekerja nih sebab dia cuti ikut suka hati dier he3. Selalunya, Government and kebanyakan kompeni swasta mesti kasi cuti untuk korang bercuti kan. Tapi kali ni 1 Mei jatuh hari Sabtu, so memang dah cuti lar kan.

Ramai ker Blogger yang merangkap Pekerja ek? Mesti ade kan, sebab ada Lanun perasan sesetengah tu blogwalking dari ofis dieorg. So sempena menyambut hari pekerja nanti Lanun ada sket soalan untuk korang tenung n renung. Jawab dalam hati pun takper he3 :-p

1. Macam mana kerja korang sekarang, suka tak?
2. Braper kali korang balik lewat siapkan kerja?
3. Selalu tak kena marah ngan boss?
4. Blogging waktu kerja/kat ofis? atau balik kerja baru blogging?
5. Brape kali ngulau dah? he3
6. Puas hati tak kerja sekarang?
7. Adakah kerja sekarang ni memang cita cita korang?
8. Kerja and family? mana korang lebih teruja?