NABLUS, 26 Nov: Agensi Berita Palestin, Ma’an, kelmarin (25 November) melaporkan jentolak (bulldozer) Israel telah meratakan sebuah masjid di persekitaran Yazra di bahagian timur pusat bandar Tebing Barat Tuba.
Tentera Israel mendakwa bahawa masjid itu dibina tanpa mendapat keizinan pihak berkuasa, lapor laman web Haluan Palestin. Tuba adalah sebuah bandar kecil Palestin di Tebing Barat timur laut, terletak hanya 21 kilometer (13 batu) timur laut Nablus, beberapa kilometer barat Sungai Jordan.
Ahmad As’ad, seorang pegawai Palestin, menyatakan bahawa tentera Israel menyerang kawasan yang dianggap sebagai lapangan latihan ketenteraan, dan mereka menyatakan bahawa kawasan ditutup kerana ianya kini zon tentera.
Kemudian mereka telah menghancurkan satu-satunya masjid yang ada di kawasan itu. Masjid tersebut dibina pada tahun 1967 dan warga penduduk telah memperbesarkan kawasan masjid itu dengan dua bilik tambahan.
As’ad menambah bahawa warga penduduk memiliki surat-surat rasmi yang membuktikan kebenaran untuk pembangunan masjid di kawasan tersebut pada tahun 1967, dan kedua-dua bilik itu ditambah kerana peningkatan jumlah penduduk yang hadir ke masjid tersebut.
Lanunsepet : Saudara kita di Palestin ditindas di tanah mereka sendiri, betapa kejamnya Israel. Ya Allah engkau teguhkanlah pakatan pejuang di Palestin dan teguhkanlah hati kami untuk membantu Palestin.
4 komen disini yer..:
israel yahudi laknatullah.. semoga ada hikmah di sebalik kejadian tu, insyaAllah~
Terbaru dari AfiqBukhari.com - 18sx Dan Lelaki Terbalik
Ni betol2 LANUN ni...
Harap satu hari ada pembelaan ke atas plastin dan pembalasan ke atas israel..
semoga hancur lah rancangan jahat Israel.. kemenangan pasti milik islam
israelll laknatullah!
Terkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular
Post a Comment