Showing posts with label kartun. Show all posts
Showing posts with label kartun. Show all posts

26 November 2010

Kena tembak! tapi tak nak mati selagi tak buat....

5 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan dengan korang 3 kartun komik pendek yang Lanun dapt dari carigold forum. Ada 3 cerita yang berlainan tapi permulaan nya sama, watak komik ni kena tembak. Pas kena tembak, dia nazak nak mati tapi... dia tak nak mati selagi tak buat perkara perkara yang diidamkannya. Jom kita tengok, memang kelakar. (credits to TT in cari goldforum)

Sila baca dari atas kebawah yer :


Paham ke tak? Kalau tak paham..gini ceritanya.

Komik 1 : Lelaki mangsa tembakan tu gagahkan dirinya lepas kena tembakan kat dada, walau tersiksa dia tabah jugak sebab nak cpi citanya, kahwin, dpt anak, besarkan anak, bw anak masuk U, konvo, anak dia kahwin, dapat cucu,smpi ke hari tua pun tak mati mati ha3..sebab nak cpi semua cita cita tu. Tengok tangan dia tu, masih lagi pegang dada berdarah tu. 

Komik 2 : Mangsa tembakan tu sedaya upaya tabahkan diri, pas kena tembak cepat cepat pergi kedai jual video tape, atau DVD dan layan semua cerita yang dia nak sebelum ajal nya sampai. Mungkin drama bersiri yang sedih kot, sebab ada banyak tisu. Pas habis siri drama dan banyak tisu dah habis sambil menahan sakit akhirnya dia mati.

Komik 3 : yang ini macam komik nombor 2, tapi bukan video tape tapi nak makan sebanyak mungkin makanan yang dia tak pernah rasa sepanjang hidupnya, pas habis makan semua tu sampai kenyang dia pun mati kat meja, termenung waiter n tukang masak tu. Apa punya orang daa.. lepas bayar bil dan dapat makan apa yang dia teringin. 

Tak nak mati selagi tak buat perkara tu..ha3. Ini komik jepun kalau Lanun tak silap. Dan ini hanya untuk suka suka saja.

19 September 2010

Penyamun terlena ditahan bersama hasil rompakan : Tupai jatuh juga ke tanah...dah kata dah...

0 komen disini yer..
Salam..

Macam macam la perangai penjenayah ni, dari yang sekejam kejam macam kes datuk Sosilawati hinggalah ke tahap tak cerdik macam kes yang berlaku ni Penang GeorgeTown baru baru ni. Seorang penyamun yang tertidur selepas penat menggeledah barang barang di rumah mangsa. Memang sangat tak cerdik.

" Ditahan kira-kira jam 4 petang ketika cuba melarikan diri selepas tertidur di atas sofa di dalam bilik anak pensyarah berkenaan setelah menggeledah rumah itu. Setelah melakukan pemeriksaan di dalam rumah, isteri pensyarah berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang tidur di atas sofa di dalam bilik anaknya. Selepas diberitahu oleh isterinya, pensyarah berkenaan menghubungi polis.

Dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda yang kebetulan meronda di kawasan berkenaan, segera ke rumah mangsa. Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis, cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan kira-kira-kira 50 meter dari rumah itu. "


Berita Asal : Penyamun terlena ditahan bersama hasil rompakan (bharian online)

jangan bergerak.. bagi duit.. bagi duit!!! (perompak yang tak cerdik)

28 August 2010

Terkejut Beruk Tu Macam Ni La Kan ???

3 komen disini yer..
Salam..
Kita selalu guna ayat "terkejut beruk" dalam kita berkomunikasi tiap tiap hari. "Terkejut beruk" ni kiranya terkejut yang amat terkejut dengan reaksi muka yang terkejut he3. Baru baru ni Lanun usyar2 video kat Youtube jumpe satu video kategori "terkejut beruk" yang sebenar.

p/s : Terkejut biawak pernah dengar x ?