Showing posts with label rompak family. Show all posts
Showing posts with label rompak family. Show all posts

29 May 2011

Perompak Malang : Video Rompakan Di Setia Indah Johor Bahru

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan satu video rakaman CCTV di Setia Indah Johor Bahru dimana 4 orang perompak cuba nak pecah masuk rumah mangsa. Bersenjatakan parang dan pistol [blakang seluar perompak ke 3] Dieorang panjat dari awning blakang tak silap Lanun. Ia berlaku pada 27 May baru baru ini Jam 2:26 AM.

Mula mula 3 perompak naik, tapi perompak yang last sekali tu badan dia besar lansung FAIL bila besi awning tu tak mampu nak tampung berat badan dia, bengkokk terus PATAH!! dan perompak ke 4 tu jatuh gedebuk atas tanah. Tak silap Lanun besi tajam tu sempat kena DAGU perompak badan besar tu [cek kat minit 2:06]. Tu lah orang kata, nak jahat tapi tak cermin diri ha3.

Disebabkan member dia jatuh, habis 3 lagi tu lari lintang pukang, Kita kena berhati hati, Lanun harap Polis dapat cam siapa mereka dan berkas! Pastikan rumah anda dikunci rapi dan selamat musim cuti sekolah ni. Inform jiran dan polis sekiranya korang balik kampung.

p/s : Lanun rasa kejiranan situ jugak, macam budak2 sekolah menengah.. kalau pro takkan macam tu.

19 September 2010

Penyamun terlena ditahan bersama hasil rompakan : Tupai jatuh juga ke tanah...dah kata dah...

0 komen disini yer..
Salam..

Macam macam la perangai penjenayah ni, dari yang sekejam kejam macam kes datuk Sosilawati hinggalah ke tahap tak cerdik macam kes yang berlaku ni Penang GeorgeTown baru baru ni. Seorang penyamun yang tertidur selepas penat menggeledah barang barang di rumah mangsa. Memang sangat tak cerdik.

" Ditahan kira-kira jam 4 petang ketika cuba melarikan diri selepas tertidur di atas sofa di dalam bilik anak pensyarah berkenaan setelah menggeledah rumah itu. Setelah melakukan pemeriksaan di dalam rumah, isteri pensyarah berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang tidur di atas sofa di dalam bilik anaknya. Selepas diberitahu oleh isterinya, pensyarah berkenaan menghubungi polis.

Dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda yang kebetulan meronda di kawasan berkenaan, segera ke rumah mangsa. Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis, cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan kira-kira-kira 50 meter dari rumah itu. "


Berita Asal : Penyamun terlena ditahan bersama hasil rompakan (bharian online)

jangan bergerak.. bagi duit.. bagi duit!!! (perompak yang tak cerdik)