Showing posts with label cara selamat. Show all posts
Showing posts with label cara selamat. Show all posts

29 May 2011

Perompak Malang : Video Rompakan Di Setia Indah Johor Bahru

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan satu video rakaman CCTV di Setia Indah Johor Bahru dimana 4 orang perompak cuba nak pecah masuk rumah mangsa. Bersenjatakan parang dan pistol [blakang seluar perompak ke 3] Dieorang panjat dari awning blakang tak silap Lanun. Ia berlaku pada 27 May baru baru ini Jam 2:26 AM.

Mula mula 3 perompak naik, tapi perompak yang last sekali tu badan dia besar lansung FAIL bila besi awning tu tak mampu nak tampung berat badan dia, bengkokk terus PATAH!! dan perompak ke 4 tu jatuh gedebuk atas tanah. Tak silap Lanun besi tajam tu sempat kena DAGU perompak badan besar tu [cek kat minit 2:06]. Tu lah orang kata, nak jahat tapi tak cermin diri ha3.

Disebabkan member dia jatuh, habis 3 lagi tu lari lintang pukang, Kita kena berhati hati, Lanun harap Polis dapat cam siapa mereka dan berkas! Pastikan rumah anda dikunci rapi dan selamat musim cuti sekolah ni. Inform jiran dan polis sekiranya korang balik kampung.

p/s : Lanun rasa kejiranan situ jugak, macam budak2 sekolah menengah.. kalau pro takkan macam tu.

06 May 2011

Kebaikan Kilang Nadir @ Rare Earth Di Malaysia?

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun baru jar selesai membaca respon CEO Lynas [ sila baca di sini ]apabila ditanya kenapa memilih Malaysia sebagai lokasi kilang nadir. Nicholas Curtis menjawab "Malaysia adalah tempat terbaik di dunia dan dia menambah Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan “paling utama adalah rakyatnya”.

Hmmm.. Satu jar soalan Lanun, Apakah kebaikan kilang sisa beradiasi ini di Malaysia??
  1. Tambah peluang pekerjaan? Lanun : banyak lagi pelabur lain nak masuk Msia.
  2. Bebas gempa bumi? Lanun : Tak mustahil akan datang? skrg pun dah ada sikit2.
  3. Tingkat pelaburan? Lanun : Baik cari yang lain.
  4. Teknologi tinggi? Lanun : Jepun yg canggih pun give up dgn letupan loji nya.
  5. Ada siapa tahu kebaikan kilang lynas di bina di Malaysia ? Kalau ada kongsilah..

Lanun menyeru semua supaya membantah projek ini habis habisan. Pada pandangan Lanun tiada apa baiknya projek ini pada rakyat dan negara kita. Kita mempertaruhkan masa depan kita dan generasi akan datang lebih lebih lagi penduduk di Pahang.

20 September 2010

Malware Detected Warning Serangan, Punca, Penyelesaian & Nasihat...

6 komen disini yer..
Kalau mozilla firefox gini warningnya..

warning kat google chrome

Salam...
Makin menjadi jadi serangan Malware sekarang ni, ape yer puncanya? Lanun ada baca kat Malaysiakini aritu selepas laman web dieorang pun kena cop malware.

Punca :
Pada pembacaan Lanun ia berpunca dari iklan yang mengandungi elemen "open x", banyak laman web dan blog guna iklan ber elemen macam tu. Ia bukan salah syarikat pengiklan tetapi pada skrip "open x" yang berisiko dieksplotasi.

1. Malaysiakini jumpa punca serangan malware [ baca sini ]
2. Apa itu hack "open-x" pelajari dengan.. [ baca sini ]
3. Berita harian dan Harian metro juga ada Malware Warning ( puncanya iklan?? )
4. Pengumuman dari Innity mengenai Iklan nya dan Malware [ baca sini ]

Penyelesaian sementara untuk blog :
Sekiranya blog anda mengalami masalah ini, anda boleh atasi dengan mengenalpasti puncanya di halaman amaran malware tersebut. Page amaran akan menunjukkan laman web mana yang menyebabkan malware teresebut, jadi anda hanya perlu buang link blog/laman web tersebut dar blog korang.

Lanun kena jugak Malware :
Pagi tadi Lanun juga hadapi masalah sama, tapi setelah buang link ke justkhai dan ariffshah tiada lagi amaran malware. Ia mungkin kerana kedua dua blog ini justkhai dan ariffshah menggunakan iklan ber elemen "open x" seperti Innity.

Uptodate antivirus :
Lanun tak nafi juga mungkin ia serangan virus, kerana melalui "open x" trojan dan virus boleh masuk kedalam komputer dan browser kita. Jadi kita tgu perkembangan mengenai perkara ini. Nasihat Lanun, Pastikan antivirus anda sentiasa uptodate ok demi keselamatan bersama.