Showing posts with label download video polis. Show all posts
Showing posts with label download video polis. Show all posts

29 May 2011

Perompak Malang : Video Rompakan Di Setia Indah Johor Bahru

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan satu video rakaman CCTV di Setia Indah Johor Bahru dimana 4 orang perompak cuba nak pecah masuk rumah mangsa. Bersenjatakan parang dan pistol [blakang seluar perompak ke 3] Dieorang panjat dari awning blakang tak silap Lanun. Ia berlaku pada 27 May baru baru ini Jam 2:26 AM.

Mula mula 3 perompak naik, tapi perompak yang last sekali tu badan dia besar lansung FAIL bila besi awning tu tak mampu nak tampung berat badan dia, bengkokk terus PATAH!! dan perompak ke 4 tu jatuh gedebuk atas tanah. Tak silap Lanun besi tajam tu sempat kena DAGU perompak badan besar tu [cek kat minit 2:06]. Tu lah orang kata, nak jahat tapi tak cermin diri ha3.

Disebabkan member dia jatuh, habis 3 lagi tu lari lintang pukang, Kita kena berhati hati, Lanun harap Polis dapat cam siapa mereka dan berkas! Pastikan rumah anda dikunci rapi dan selamat musim cuti sekolah ni. Inform jiran dan polis sekiranya korang balik kampung.

p/s : Lanun rasa kejiranan situ jugak, macam budak2 sekolah menengah.. kalau pro takkan macam tu.

23 March 2011

25 Mac Hari Polis Malaysia Ke 204

2 komen disini yer..

Salam...
Tahukah anda bila Hari Polis di Malaysia? Pada yang tidak tahu, ianya jatuh pada 25 Mac setiap tahun. Sambutan nya pasti di isi demo, perarakan, kawad, penganugerahan pingat dan sebagainya.

Terimakasih :
Artikel ini merupakan satu penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia PDRM yang telah bertugas dengan amanah dan berdedikasi dalam menjaga keselamatan negara dan rakyat Malaysia. Lanun mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada semua pegawai Polis di Malaysia kerana anda telah melakukan 1 tugas yang mulia yang pasti diberi ganjaran pahala yang besar.

Pada Polis yang.. : 
Di ingatkan juga pada pegawai Polis yang tidak amanah supaya kembalilah menjalankan tanggungjawab anda dengan jujur dan beretika. Rasuah dan Maksiat adalah perkara mungkar yang sama sama kita sebagai manusia patut hindari dan tidak sama sekali kita bersekongkol.

Semoga PDRM terus beramanah, Selamat Hari Polis Malaysia ke 204. 

13 January 2010

Tumpas : Kereta Raja Tonto Disita....

7 komen disini yer..
Salam...
Sebuah kereta yang digunakan raja atau ketua segala Tonto telah berjaya disita oleh sebuah unit Polis bahagian jenayah berat. Kereta tersebut sarat dengan alat hubungan dan GPS yang canggih untuk menjejaki dan memantau operasi polis, jpj, kastam, jabatan alam sekitar, trafik, majlis perbandaran dan unit kuasa lain..

[GAMBAR DI BAWAH ]