Showing posts with label siapa dalam video. Show all posts
Showing posts with label siapa dalam video. Show all posts

29 May 2011

Perompak Malang : Video Rompakan Di Setia Indah Johor Bahru

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan satu video rakaman CCTV di Setia Indah Johor Bahru dimana 4 orang perompak cuba nak pecah masuk rumah mangsa. Bersenjatakan parang dan pistol [blakang seluar perompak ke 3] Dieorang panjat dari awning blakang tak silap Lanun. Ia berlaku pada 27 May baru baru ini Jam 2:26 AM.

Mula mula 3 perompak naik, tapi perompak yang last sekali tu badan dia besar lansung FAIL bila besi awning tu tak mampu nak tampung berat badan dia, bengkokk terus PATAH!! dan perompak ke 4 tu jatuh gedebuk atas tanah. Tak silap Lanun besi tajam tu sempat kena DAGU perompak badan besar tu [cek kat minit 2:06]. Tu lah orang kata, nak jahat tapi tak cermin diri ha3.

Disebabkan member dia jatuh, habis 3 lagi tu lari lintang pukang, Kita kena berhati hati, Lanun harap Polis dapat cam siapa mereka dan berkas! Pastikan rumah anda dikunci rapi dan selamat musim cuti sekolah ni. Inform jiran dan polis sekiranya korang balik kampung.

p/s : Lanun rasa kejiranan situ jugak, macam budak2 sekolah menengah.. kalau pro takkan macam tu.

03 May 2011

Osama Meninggal Dunia : Amerika dan Zionis lah Pengganas Yang Sebenar!

1 komen disini yer..

Salam..
Lanun terkejut mendengar kematian Osama Bin Laden. Marilah kita sedekahkan Alfatihah buat beliau....Amin~ Begitu lah apa yang di laporkan oleh berita seluruh dunia apabila tempat persembunyian Osama telah di temui dan Tentera Amerika telah pun berjaya menyerang tempat tersebut dan menembak Osama.

Tanpa Osama, Dunia lebih aman?
Benarkah dunia akan lebih aman selepas kematian Osama? Siapakah pengganas yang sebenarnya? Siapakah yang melahirkan kumpulan yang dilabel sebagai "pengganas" ini? Amerika memberi alasan kerana kumpulan banyak membunuh rakyat awam. Adakah kita lupa apa yang Amerika dan Zionis lakukan kepada kanak kanak dan rakyat awam di Palestin, Iraq, Afghanistan, dan banyak lagi negara umat Islam lain. Kenalilah siapa pengganas yang sebenar.

Kelahiran pengganas
Lanun bagi satu contoh, Dari tindakan ceroboh dan tekanan Amerika serta sekutunya Israel ke atas negara Palestin, lahirlah kumpulan dari rakyat biasa yang menentang dasar kejam dan zalim itu yang menindas dan menceroboh tanah air mereka, Kemudian dengan mudah mereka berkata "kumpulan inilah pengganas yang kita perlu hapuskan demi keamanan dunia". Siapa yang buat mereka mengganas kalau bukan dasar Amerika & Yahudi itu sendiri?

Akhir kata... Islam tidak pernah menganjurkan keganasan Dan dunia akan lebih aman tanpa dasar Amerika &  Zionis.

19 May 2010

Respon Download Download Video Adegan Seks Di Asrama Pelajar.... Hu3.. :-(

12 komen disini yer..
Salam...
Selepas jar dikeluarkan berita dalam Kosmo mengenai video kononnya adegan seks ustazah dan warden tu tersebar luas hu3. Google mencatat pencarian yang cukup tinggi bagi keyword berkaitan dengan video klip adegan seks tersebut. Blog Lanunsepet sendiri mencatatkan pencarian yang tinggi untuk keyword "adegan seks ustazah". Takda apa nak dibanggakan pun trafik tinggi sebab keyword tu, yang ada cuma perasaan marah dan malu pada Berita Kosmo dan pelaku kerana merakamnya.

hu3... :-(

Pastinya selepas baca berita di Kosmo tempoh hari tu ramai akan mencari rakaman video tu untuk download kan? Pastinya remaja remaja pun berpusu pusu mencari video kat internet, tanya pada rakan dan sebagainya. Pendapat Lanun selepas penyiaran berita tu ada kesan buruknya.
  1. Ramai akan cari video tu, untuk tengok. Siapa? Remaja-remaja, adik-adik kita, Anak anak kita, mesti nak tengok pas baca berita Kosmo tu. 
  2. Bila search, dieorang terdedah pulak dengan video lucah lain yang berlambak dalam internet, sapa lagi kalu bukan Remaja-remaja, adik-adik kita, Anak anak kita hu3.
  3. Bila dah terdedah ngan website macam tu, dieorg download, simpan, tukar tukar dengan kawan, akhirnya video tu akan rosakkan mereka.
  4. Institusi pendidikan agama akan tercalar, tak banyak pun sedikit. Orang mungkin akan keluarkan kata kata yang tidak baik, sangkaan buruk pada insan yang tidak sepatutnya hu3.
Ini hanya sekadar pendapat bebas Lanun, maaf kalu ia salah dan menyalahi realiti sebenar. Lanun mengutuk perbuatan zina, hubungan yang tiada batas, dan juga satu lagi dosa yang sekarang kita pandang enteng iaitu mendedah aurat yang sama haram. Sama sama kita banteras semuanya.

Lanun harap jangan lah kerana kewujudan video ni yang tiada maklumat yang benar benar sahih kita membuat penilaian yang buruk pada golongan golongan tertentu.