Salam...
Selepas jar dikeluarkan berita dalam Kosmo mengenai video kononnya adegan seks ustazah dan warden tu tersebar luas hu3. Google mencatat pencarian yang cukup tinggi bagi keyword berkaitan dengan video klip adegan seks tersebut. Blog Lanunsepet sendiri mencatatkan pencarian yang tinggi untuk keyword "adegan seks ustazah". Takda apa nak dibanggakan pun trafik tinggi sebab keyword tu, yang ada cuma perasaan marah dan malu pada Berita Kosmo dan pelaku kerana merakamnya.
hu3... :-(
Pastinya selepas baca berita di Kosmo tempoh hari tu ramai akan mencari rakaman video tu untuk download kan? Pastinya remaja remaja pun berpusu pusu mencari video kat internet, tanya pada rakan dan sebagainya. Pendapat Lanun selepas penyiaran berita tu ada kesan buruknya.
- Ramai akan cari video tu, untuk tengok. Siapa? Remaja-remaja, adik-adik kita, Anak anak kita, mesti nak tengok pas baca berita Kosmo tu.
- Bila search, dieorang terdedah pulak dengan video lucah lain yang berlambak dalam internet, sapa lagi kalu bukan Remaja-remaja, adik-adik kita, Anak anak kita hu3.
- Bila dah terdedah ngan website macam tu, dieorg download, simpan, tukar tukar dengan kawan, akhirnya video tu akan rosakkan mereka.
- Institusi pendidikan agama akan tercalar, tak banyak pun sedikit. Orang mungkin akan keluarkan kata kata yang tidak baik, sangkaan buruk pada insan yang tidak sepatutnya hu3.
Ini hanya sekadar pendapat bebas Lanun, maaf kalu ia salah dan menyalahi realiti sebenar. Lanun mengutuk perbuatan zina, hubungan yang tiada batas, dan juga satu lagi dosa yang sekarang kita pandang enteng iaitu mendedah aurat yang sama haram. Sama sama kita banteras semuanya.
Lanun harap jangan lah kerana kewujudan video ni yang tiada maklumat yang benar benar sahih kita membuat penilaian yang buruk pada golongan golongan tertentu.
Lanun harap jangan lah kerana kewujudan video ni yang tiada maklumat yang benar benar sahih kita membuat penilaian yang buruk pada golongan golongan tertentu.