Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

09 June 2011

Sumber Tenaga Elektrik Di Malaysia

5 komen disini yer..
Salam..
Lanun suka info grafik di laman web TNB Buzz, cara persembahan dan grafiknya memang menarik. Jadi Lanun kongsikan imej info tentang sumber tenaga kita di Malaysia. Dari gambar dibawah kita dapat tahu bahawa tenaga elektrik kita di jana 54.4 percent oleh Turbin menggunakan Gas Asli dan 40.2 percent adalah dari arang batu. Selebihnya pulak dijana oleh stesen hidro elektrik dan petroleum.

Klik untuk lebih besar

29 May 2011

Menteri Yang Lain Agaknya Sokong M U jugak ke?

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun perhati gambar PM kita tengok bola malam tadi, apabila Man U telah seri bila melawan Barcelona 1-1. Ok lah daripada kalah kan? Apa yang Lanun terfikir ialah bila lihat pic ni, rasa rasa korang ada tak menteri menteri yang minat team lain sebenarnya atau pun minat Barcelona contohnya, tapi... terpaksa sokong M.U malam tu sebab takkan tak nak sokong team favourite boss kan? Boss punya pasal. 

Gurau jek..he3

p/s : Bagus sebenarnya strategi PM ni, penyokong MU kat Malaysia ni ramai, jadi ni salah satu cara untuk tarik minat dieorang mendekati beliau.

06 May 2011

Kebaikan Kilang Nadir @ Rare Earth Di Malaysia?

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun baru jar selesai membaca respon CEO Lynas [ sila baca di sini ]apabila ditanya kenapa memilih Malaysia sebagai lokasi kilang nadir. Nicholas Curtis menjawab "Malaysia adalah tempat terbaik di dunia dan dia menambah Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan “paling utama adalah rakyatnya”.

Hmmm.. Satu jar soalan Lanun, Apakah kebaikan kilang sisa beradiasi ini di Malaysia??
  1. Tambah peluang pekerjaan? Lanun : banyak lagi pelabur lain nak masuk Msia.
  2. Bebas gempa bumi? Lanun : Tak mustahil akan datang? skrg pun dah ada sikit2.
  3. Tingkat pelaburan? Lanun : Baik cari yang lain.
  4. Teknologi tinggi? Lanun : Jepun yg canggih pun give up dgn letupan loji nya.
  5. Ada siapa tahu kebaikan kilang lynas di bina di Malaysia ? Kalau ada kongsilah..

Lanun menyeru semua supaya membantah projek ini habis habisan. Pada pandangan Lanun tiada apa baiknya projek ini pada rakyat dan negara kita. Kita mempertaruhkan masa depan kita dan generasi akan datang lebih lebih lagi penduduk di Pahang.

01 October 2010

Belanjawan 2011 : Pembentangan budget bila yer ?

6 komen disini yer..
TERBARU : Senarai Intipati Bajet Rakyat Oleh PM Najib ( boleh download..)

Salam...
Lanun tertanya tanya bila la pembentangan budget 2011 nanti yer? dengar kata bulan 10 oktober ni. Ada sapa sapa tahu maklumat tarikh lintas langsung PM Najib bentangkan isi isi dan senarai belanjawan untuk tahun depan? sekiranya korang ada info kongsi di ruang komen yer. 

p/s : Lanun nak update bagi trafik up sket, tajuk intisari budget mesti keyword yang meletopp bulan oktober ni, jom ramai ramai buat yer ;-)

13 May 2010

13 Mei... Dan Al-Arqam, Ashaari Muhammad...

0 komen disini yer..
1. 13 Mei, Sayangkan perpaduan..

Salam...
Hari ni 13Mei rupenyer, ia macam hari biasa sepeti hari lain, tak terfikir pun pasal tragedi tu dah. Generasi muda mmg tak perlu lagi rasa emosi bila lagi 13 Mei, ini masa untuk kita orang muda memacu negara kite sayang ni kearah yang lebih jelas dan sejahtera. Lanun petik satu pendapat seorang lelaki tua yang melalui hari gelap 13 Mei.

Sekarang jika isu ini dipolitikan hanya orang yang tidak berpengetahuan sahaja yang akan terpedaya."Saya berasa menyesal kerana peristiwa ini telah membawa kepada keganasan dan pembunuhan. Cuba kita lupakan tentang peristiwa 13 Mei untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran dalam hidup.

Yang baik jadikan teladan.. Yang buruk jadikan sempadan.. Lanun sayangkan perpaduan semua kaum di Malaysia...

2. Ashaari Muhammad meninggal dunia, Al fatihah..

Satu lagi updates Lanun nak sampaikan, Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang hari ini kerana jangkitan paru-paru. Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh. Al fatihah...