Showing posts with label benarkah. Show all posts
Showing posts with label benarkah. Show all posts

18 October 2011

Quantum Levitation

1 komen disini yer..

Salam..
Korang tau apa itu "Quantum Levitation" ?? Lanun pun tak tau.. pas tengok video bawah ni memang mulut ternga nga woo.. Hebat nya sains kan?? seakan akan ilmu sains ini tiada penghujung kan? Tapi itu hanyalah setitis dari lautan ilmu Allah Yang Maha Bijaksana.

Tau apa yang Lanun fikirkan? Lanun fikir ntah ntah sebab ni hantu boleh terbang, dengan manipulasi magnet bumi, jadi quantum levitation. ha3.

29 May 2011

Video : Sham Kamikaze & Iwan Dangdut

0 komen disini yer..
Salam..
Perkara baik sangatlah baik kita kongsikan bersama, dengan harapan ia akan terus berkekalan InsyaAllah. Apa yang Lanun maksudkan diatas adalah video memaparkan status dua orang artis negara kita yang pernah terkenal seketika dahulu.

Mereka (Sham Kamikaze dan Iwan Dangdut) kini Alhamdulillah, mereka bukan berubah menjadi lain tapi kembali sebenarnya, kembali ke fitrah asal manusia yang taat kepada Allah SWT. Semoga Allah pelihara kita dan berikan hidayah kepada muslimin dan muslimat.

p/s : Alhamdulillah.. hati ini milik Allah.. samseng mcm mana pun orang tu, Allah mampu bolak balik kan sehingga jadi insan yang baik dan taat, contohnya Saidina Umar alkhattab r.a

Sham Kamikaze baru baru ini menceritakan kisah nya.

Pesanan iwan yang "baru" supaya jangan tinggalkan solat.


Makan Ni Google : Facebook Iwan Dangdut, Perkembangan Iwan, Iwan Dangdut Terbaru, Latest, Sham Kamikaze Sekarang, Tabligh, Album terbaru, 

28 November 2010

Kisah Ruben Yang Mencari Tuhan Alam & Tujuan Kehidupan Manusia...akhirnya memeluk Islam..

2 komen disini yer..
Salam..
Dah 14 tahun dah pun kisah ni, 1996 seorang anak muda dari Australia telah menemui apa yang dicarinya selama ni. Pemilik alam ini, tuhan kepada segala makhluk di bumi dilangit dan diantaranya. Anak muda ni bernama Ruben ( nama barunya Abu Bakar ) telah mengkaji banyak agama, dan 1 agama saja dia tak siasat..iaitu Islam.

Tapi akhirnya dia memeluk Islam. Bagaimana? Kenapa? Keajaiaban apa yang dia nampak?

Bawah ni Lanun kongsikan video kisah Ruben ni :  

Bahasa dalam video ini mungkin terlalu laju atau sukar difahami jadi rujuk versi teks (versi english recommended, sebab lengkap)

+ Versi Teks : (english version recommended) Abubakr.html
+ Versi Teks (bahasa melayu) : TAK SELENGKAP versi english : Ruben-dari-australia.html


(semoga Allah merahmati beliau)

Versi Mix dengan Lagu Maher Zain + sedutan kisah Abu Bakar / Ruben :

20 October 2010

Melaka Maju Pada 20/10, Jam 20:10, Tahun 2010

2 komen disini yer..
Salam...
Malam ini pada jam 20:10 melaka akan diisytiharkan sebagai Negeri Maju. Lanun respek la idea orang yang buat pada tarikh hari ni, kreatif ar dier kan. sape dier? ntah ler..Lanun tak tau, takkan Datuk Ali Rustam sendiri kot? kalau dier mmg bijak pilih tarikh nya he3.

Melaka maju pada tahun 2010, 20 hb 10 oktober pada jam 20:10 (waktu 24jam) mewakili 8:10PM. Apa kah pengisian sempena sambutan Melaka maju ni? Lanun pun tak tau, dengar cerita konsert lagi..hu3.. Majulah katakan..he3. Harap jangan lupa maju tu juga biarlah seimbang betul tak rakyat melaka?

Bagi Lanun disini, di Ayer Keroh..Alhamdulillah selesa dan kelengkapan dan kemudahan cukup. Tapi dikawasan lain yang dalam dalam Paya Dalam, Krubong, Durian Tunggal Lanun tak tahu lah. Mungkin Melaka ni maju di kawasan bandar jer kan. Ape pun Melaka dah dapat status majunya.

Esok cuti sempena Melaka Maju.. Tapi Lanun kerja..he3.. cari duit lebih.. cuma risau IPU udara yang tak sihat di Melaka 2,3 hari ni. Ya Allah lindungilah aku...sihatkanlah rohani dan jasmani ku, aaminnn..

Monorail Melaka yang bawak pelancong pusing pusing sungai...singkat jer.
Syarat Maju? ada monorail? gurauuuu...