Showing posts with label kelayakan. Show all posts
Showing posts with label kelayakan. Show all posts

08 November 2010

Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011

0 komen disini yer..
Salam...

Ini adalah info yang Lanun ambil dari website KPM :
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 8 November 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila lini ini untuk ke laman web tersebut : http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

20 October 2010

Melaka Maju Pada 20/10, Jam 20:10, Tahun 2010

2 komen disini yer..
Salam...
Malam ini pada jam 20:10 melaka akan diisytiharkan sebagai Negeri Maju. Lanun respek la idea orang yang buat pada tarikh hari ni, kreatif ar dier kan. sape dier? ntah ler..Lanun tak tau, takkan Datuk Ali Rustam sendiri kot? kalau dier mmg bijak pilih tarikh nya he3.

Melaka maju pada tahun 2010, 20 hb 10 oktober pada jam 20:10 (waktu 24jam) mewakili 8:10PM. Apa kah pengisian sempena sambutan Melaka maju ni? Lanun pun tak tau, dengar cerita konsert lagi..hu3.. Majulah katakan..he3. Harap jangan lupa maju tu juga biarlah seimbang betul tak rakyat melaka?

Bagi Lanun disini, di Ayer Keroh..Alhamdulillah selesa dan kelengkapan dan kemudahan cukup. Tapi dikawasan lain yang dalam dalam Paya Dalam, Krubong, Durian Tunggal Lanun tak tahu lah. Mungkin Melaka ni maju di kawasan bandar jer kan. Ape pun Melaka dah dapat status majunya.

Esok cuti sempena Melaka Maju.. Tapi Lanun kerja..he3.. cari duit lebih.. cuma risau IPU udara yang tak sihat di Melaka 2,3 hari ni. Ya Allah lindungilah aku...sihatkanlah rohani dan jasmani ku, aaminnn..

Monorail Melaka yang bawak pelancong pusing pusing sungai...singkat jer.
Syarat Maju? ada monorail? gurauuuu...

13 October 2010

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011

1 komen disini yer..
Salam... Info dari Lamanweb KPM

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan JQAF dan SR

Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.

Dalam laman web permohonan korang leh dapatkan maklumat dibawah :

  1. Iklan Permohonan
  2. Kesesuaian Ijazah Dengan Bidang Pengajian
  3. Struktur Program
  4. Kalendar Aktiviti KPLI-SR & KPLI j-QAF
  5. e-Panduan Permohonan
  6. Contoh Borang Permohonan
  7. Mengisi Permohonan KPLI-SR & KPLI j-QAF
Sekian, terima kasih.
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Lanjutan Tempoh Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

1 komen disini yer..
Salam.. Info dari KPM untuk korang...

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM.
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Sekian, terima kasih.

01 June 2010

Permohonan e-GST 2010 Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA Jun 2010

0 komen disini yer..
UPDATE TERBARU :

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan panggilan temu duga bagi Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Keluaran IPTA boleh dibuat mulai 27 April 2010 (Selasa) di laman sesawang KPM.

Laman web semakan : Semakan Panggilan Temu Duga 

Salam ini info terbaru untuk bakal bakal guru / graduan bahagian pendidikan IPTA yang baru sahaja menamatkan pengajian april lalu dan menunggu keputusan peperiksaan masing masing. Permohonan temuduga guru sandaran terlatih telah pun dibuka bermula hari ini 1 jun 2010.

Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA ( e-GST )
  • Tarikh Permohonan : 1 Jun 2010 - 30 Jun 2010
  • Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja
  • Pemohon boleh menyemak status permohonan dan temu duga mulai 19 Julai 2010 - 23 Julai 2010
  • Semua maklumat boleh lah dirujuk di laman web e-GST
  • Menu permohonan dibelah kiri website e-GST
Semua permohonan melalui Online (dalam talian) : Laman web permohonan [KLIK SINI]

Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA (e-GST) Jun 2010