Showing posts with label cari. Show all posts
Showing posts with label cari. Show all posts

13 October 2010

Lanjutan Tempoh Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

1 komen disini yer..
Salam.. Info dari KPM untuk korang...

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM.
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Sekian, terima kasih.

12 August 2010

Ni La Kepuasan Lanun Bila Berblogging...

2 komen disini yer..
Salam..
Kepuasan yang Lanun dapat apa bila berblogging adalah bila maklumat atau bahan yang Lanun berikan dalam post post Blog Lanunsepet ni berguna pada para pembaca. Apa lah ertinya jika ia sekadar kosong ibarat tin kosong yang takda apa apa pengisian dalam nya.

Sempena bulan Ramadhan Lanun buat 2 artikel berkaitan puasa yang cukup popular sempena pembukaan bula;n puasa ni. 2 artikel mendapat hits yang sangat tinggi. Iaitu Doa berbuka puasa dan Niat Puasa 1 hari dan Sebulan. 2 artikel mendapat hits yang tinggi dari pencarian search engine Google dan Yahoo.

Inilah yang Lanun impikan..menyediakan maklumat yang dapat membantu orang lain, dpt membantu pembaca. Jika dulu maklumat mengenai politeknik, ikm, ipta, dan sbgnya kini Lanun akan terus share maklumat macam tu. Actually beginilah Lanun lebih suka iaitu berkongsi info dari bercerita tentang hiburan sahaja. Lanun harap Lanun akan terus istiqamah.

p/s : Statistik bawah ni bakar semangat Lanun untuk terus blogging walaupun nuffnang dah tak bagi Lanun buffered earning dah. Lanun akan cuba beri yang terbaik InsyaAllah.