Showing posts with label temuduga. Show all posts
Showing posts with label temuduga. Show all posts

23 November 2010

Tahniah buat semua bakal guru GSST yang telah pun posting dan berkursus...

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun ucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah pun mengetahui negeri posting mereka. Sebelum ini MOE telah pun mengumumakan laman web semakan penempatan untuk temuduga Guru Sandaran Siswazah Terlatih GSST yang lalu [lamanweb semakan posting]

Calon yang berjaya kini sedang menghadiri kursus ataupun orientasi di tempat yang telah ditetapkan, antaranya di Port Dickson. Saudari CoklatUngu juga Alhamdulillah telah pun berjaya, dan bakal di tempatkan di negeri Johor. Semoga beliau dan bakal guru yang lain berjaya dalam karier. InsyaAllah..

08 November 2010

Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011

0 komen disini yer..
Salam...

Ini adalah info yang Lanun ambil dari website KPM :
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 8 November 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila lini ini untuk ke laman web tersebut : http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

14 March 2010

Muhlbauer : Lanun & Interview

13 komen disini yer..
Salam...

Lanun g interview kat satu company ni haritu, n hari pulak tadi 2nd interview. mesin untuk create mesin buat kad, or ID yang berasaskan RFID, dier jugak ada kaitan dengan security design lebih kurang macam tu lar. Muhlbauer name dier, nak sebut pun tak berapa reti mana yang betul. Company ni company international yang berpusat kat German. Kat malaysia cawangan dia kat Taman Tasik utama, Melaka dekat dengan Cubic factory.

Masa interview haritu banyak juga soalan yang terkantoi nak jawab. Maklumlah , no preparation, terus terjah jer. Moral dier g interview tu study lah dulu k..

Kenal tak Muhlbauer Melaka?? Ni ade photoshoot untuk korang tengok....