Showing posts with label syarikat. Show all posts
Showing posts with label syarikat. Show all posts

24 September 2010

Terdesak? Cara nak hutang dengan Celcom RM 2 - Credit Advance

323 komen disini yer..

Untuk MAXIS / HOTLINK Klik Sini : Hutang Kredit Dengan Maxis Hotlink RM 2 SOS Topup

Salam...
Korang pengguna Celcom? Pernah tak habis kredit pastu terdesak sangat nak guna, pastu nak topup susah atas sebab kedai jauh ke, dah malam ke, kedai dah topup mungkin. Dengan celcom korang boleh hutang dulu, atau pun pinjam dulu kredit. macam mana?

Cara caranya :

  1. Dail *118#
  2. Pilih 7 My account
  3. Kemudian 5 Other Services
  4. Select 4 Credit Advance
  5. 2 Request Advance
  6. 2 Proceed
  7. Tunggu mesej pengesahan atau cek baki selepas selesai.
Syarat untuk pinjam RM2 dari Celcom prepaid ialah Baki korang tinggal paling kurang 0.25sen, lebih dari tu tak boleh buat. Dan hanya boleh sekali sahaja, kali seterusnya selepas korang topup.

Adakah di caj bila guna servis ni? Tidak sekiranya korang pengguna Celcom lebih dari setahun, kalau kurang korang akan di caj 0.50sen. Potongan akan dilakukan selepas korang topup nanti. Mesej pemberitahuan pemotongan akan dihantar. 

30 July 2010

Kenapa Korang Balik Kerja Lambat ??

9 komen disini yer..
Salam..
Dulu masa study citer pasal study, masuk alam pekerjaan ni citer la pasal kerja la pulak kan. Lanun nyer kerja memang gaji kecik jer, tapi dekat sangat dengan umah sewa. Ilmu yang dapat memang banyak sangat, dpt ilmu hands on tapi gajiinyer..hmm.. no komen.. (sape tak nak gaji besar?)

Masa stduy dulu stay up lama lama sebab nak cover byk topik nak study, sekarang stay jugak lama sket kat tempat keje sejam dua setelkan beberapa perkara n catch up sket sebab banyak kene belajar, so lewat la balik dari tempat kerja. Korang selalu balik lewat dari tempat kerja? Kenapa? 

Jom kita tengok situasi situasi kat bawah ni :
  1. Keje tak banyak pun, tapi saja buat keje sket sket pelan pelan leh dapat OT
  2. Terpaksa, keje berlambak terpaksa la balik lewat.
  3. Tak suka tangguh keje, so stay jap lah.
  4. Tunjuk lagak kat Boss, aku selau stay aku lah pekerja contoh.
  5. Lewat sket sebab study untuk dapat ilmu sebab baru kerja n byk kene belajar.
  6. Tengok kawan banyak kerja, so tolong die tak pun teman die.. kesian.
  7. Tak suka balik lewat, kalu boleh 5.30 tepat keluar tempat keje.
  8. Buat ape balik lambat, gaji sama jar, pangkat tak naik pun.

14 March 2010

Muhlbauer : Lanun & Interview

13 komen disini yer..
Salam...

Lanun g interview kat satu company ni haritu, n hari pulak tadi 2nd interview. mesin untuk create mesin buat kad, or ID yang berasaskan RFID, dier jugak ada kaitan dengan security design lebih kurang macam tu lar. Muhlbauer name dier, nak sebut pun tak berapa reti mana yang betul. Company ni company international yang berpusat kat German. Kat malaysia cawangan dia kat Taman Tasik utama, Melaka dekat dengan Cubic factory.

Masa interview haritu banyak juga soalan yang terkantoi nak jawab. Maklumlah , no preparation, terus terjah jer. Moral dier g interview tu study lah dulu k..

Kenal tak Muhlbauer Melaka?? Ni ade photoshoot untuk korang tengok....