Showing posts with label kredit habis. Show all posts
Showing posts with label kredit habis. Show all posts

24 September 2010

Terdesak? Cara nak hutang dengan Celcom RM 2 - Credit Advance

323 komen disini yer..

Untuk MAXIS / HOTLINK Klik Sini : Hutang Kredit Dengan Maxis Hotlink RM 2 SOS Topup

Salam...
Korang pengguna Celcom? Pernah tak habis kredit pastu terdesak sangat nak guna, pastu nak topup susah atas sebab kedai jauh ke, dah malam ke, kedai dah topup mungkin. Dengan celcom korang boleh hutang dulu, atau pun pinjam dulu kredit. macam mana?

Cara caranya :

  1. Dail *118#
  2. Pilih 7 My account
  3. Kemudian 5 Other Services
  4. Select 4 Credit Advance
  5. 2 Request Advance
  6. 2 Proceed
  7. Tunggu mesej pengesahan atau cek baki selepas selesai.
Syarat untuk pinjam RM2 dari Celcom prepaid ialah Baki korang tinggal paling kurang 0.25sen, lebih dari tu tak boleh buat. Dan hanya boleh sekali sahaja, kali seterusnya selepas korang topup.

Adakah di caj bila guna servis ni? Tidak sekiranya korang pengguna Celcom lebih dari setahun, kalau kurang korang akan di caj 0.50sen. Potongan akan dilakukan selepas korang topup nanti. Mesej pemberitahuan pemotongan akan dihantar.