Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

14 June 2011

Tabung Earning Advertlets Progress 1

1 komen disini yer..

klik untuk lebih jelas & besauu..

Salam...
Lanun saja update progress earning advertlets di Blog Lanunsepet. Lanun nak terangkan pun tak berapa faham lagi. Tapi nampaknya, memang betul lah orang kata. Siapa yang ada blog dan trafik anda tinggi, gunalah Advertlet sebab earningnya berkadar lansung dengan trafik blog. Tapi..kalau ada dapat BE dari Nuffnang, kekallah bersama Nuffnang. kelebihan ini hanya akan menarik buat mereka yang tak pernah lansung menerima BE dari Nuffnang.

p/s : Ini adalah satu eksperimen bersama advertlets.

19 October 2010

Keadaan Jerebu di Taman Tasik Utama Melaka

5 komen disini yer..
Salam..
Hari ni Lanun perasan cuaca pagi makin teruk dari semalam. jerebu makin tebal dari sebelum ni, sesuai dengan apa yang dilaporkan oleh JAS. Lanun perhatikan keadaan lagi lagi bertambah teruk bila masuk waktu tengah hari, sehinggakan udara berbau asap, pandangan pun makin terhad dari waktu pagi. Suasana seperti mendung sebab matahari dilitupi jerebu.

Bawah ni gambar di kawasan tempat tinggal Lanun (waktu tengahari), Taman Tasik Utama Ayer Keroh,  :





Tengahari.. tapi mendung semacam...

24 September 2010

Terdesak? Cara nak hutang dengan Celcom RM 2 - Credit Advance

323 komen disini yer..

Untuk MAXIS / HOTLINK Klik Sini : Hutang Kredit Dengan Maxis Hotlink RM 2 SOS Topup

Salam...
Korang pengguna Celcom? Pernah tak habis kredit pastu terdesak sangat nak guna, pastu nak topup susah atas sebab kedai jauh ke, dah malam ke, kedai dah topup mungkin. Dengan celcom korang boleh hutang dulu, atau pun pinjam dulu kredit. macam mana?

Cara caranya :

  1. Dail *118#
  2. Pilih 7 My account
  3. Kemudian 5 Other Services
  4. Select 4 Credit Advance
  5. 2 Request Advance
  6. 2 Proceed
  7. Tunggu mesej pengesahan atau cek baki selepas selesai.
Syarat untuk pinjam RM2 dari Celcom prepaid ialah Baki korang tinggal paling kurang 0.25sen, lebih dari tu tak boleh buat. Dan hanya boleh sekali sahaja, kali seterusnya selepas korang topup.

Adakah di caj bila guna servis ni? Tidak sekiranya korang pengguna Celcom lebih dari setahun, kalau kurang korang akan di caj 0.50sen. Potongan akan dilakukan selepas korang topup nanti. Mesej pemberitahuan pemotongan akan dihantar.