Showing posts with label soalan bocor. Show all posts
Showing posts with label soalan bocor. Show all posts

23 November 2010

SPM 2010 STPM 2010 Semoga Berjaya!

3 komen disini yer..
Salam...
Blog Lanunsepet mengucapkan ucapan selamat berjaya kepada semua calon calon SPM dan STPM 2010 tahun ini. Buat yang terbaik, semoga apa yang telah diusahakandibayar dengan keputusan yang cemerlang. Usaha Doa Tawakal...Betulkan niat.

Lanun ingin mengingatkan SPM dan STPM merupakan satu peperiksaan yang sedikit sebanyak bakal mencorakkan masa depan korang, jadi jangan anggap ia sesuatu yang remeh. Zaman sekarang semua pekerjaan memerlukan sijil untuk menentukan taraf gaji dan pangkat. Jadi, teruskan menuntut ilmu selagi ada kemampuan dan minat.

08 November 2010

Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011

0 komen disini yer..
Salam...

Ini adalah info yang Lanun ambil dari website KPM :
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 8 November 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila lini ini untuk ke laman web tersebut : http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

10 October 2010

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016

4 komen disini yer..
FORMAT baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diganti penilaian sekolah, akan diperkenalkan mulai sesi persekolahan 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bagi UPSR, maknanya walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, tapi bentuk dan formatnya agak berbeza. Ini dikatakan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

“Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tetapi Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah,” katanya.

Muhyiddin berkata, proses transformasi membabitkan penambahbaikan UPSR dan penggantian PMR memerlukan tempoh enam tahun untuk disiapkan mengambil kira semua aspek dalam sistem pendidikan itu.

27 April 2010

Tentera Merah Yang Diperalatkan Menjadi Tentera Bodoh, & Besok Paper Terakhir... Lanun Cuma Ada Masa Kurang 24 Jam Je Ni.....

4 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah.. selesai jamuan semalam.. seronok dapat sama sama dengan semua kawan kawan satu kelas sebelum pasni semua pergi bawak diri masing masing. Lanun pulak? tak bawa diri jauh pun, just kat sini jugak, Melaka tengah he3.

Esok pulak paper terakhir, subjek pneumatik industri. beban terakhir yang Lanun dok gendong. Masalahnya sekarang 1 ape Lanun tak study lagi. Masa pulak kurang dari 24jam ja yang Lanun ada. Leh ker nak cover semua topic ni? Soalan bocor takda... Tips tu ada la sikit... Adakah Toyol akan diperlukan besok? jangan... no cheating no cheating ek.. he3.

Lanun nak sentuh sket isu, tentera merah di thailand yang dok berdemo tu. Mereka ni semua penyokong thaksin PM thailand yang dulu, dia bukan baik sgt pun dah la rasuah, amal kronisme, and of course kaya and dia memang byk pengaruh. Pasukan bola sepak antarabangsa pun dia beli punya kaya. Sekarang ni thailand kucar kacir, ekonomi jadi tambah lumpuh, transpot awam jadi tak boleh nak gerak, darurat, orang tak boleh pergi kerja sebab tiap tipa hari tentera merah ni betempur dengan tentera kerajaan. orang yang mereka perjuangkan thaksin. tapi mana thaksin? thaksin seronok gelak2, happy2, enjoy kat negara lain, penyokong dia yang menderita sebab perjuangkan si thaksin tu. Apa dieorg dapat? dapat letih, cedera, mati pun ada. Rugi rugi dan rugi.. terlampau taksub ni lah jadinya. 

Ok thats all nak g study..tik tok..tik tok.. (perjuangkan orang yg menegak kebajikan dan keadilan!!)

penyokong thaksin serang tentera kerajaan n rampas senjata dieorg. 
tiap tiap hari dieorg dok bertempur, apa dapat??


20 April 2010

Technopreneurship.... Why Go Global ?? Malas nyar nak study...

10 komen disini yer..
Salam..

Jumaat ni paper final exam Technopreneurship. Em..masih tak study lagi,dalam malas tu ada lar sket2 he3. Nota ada jar sebelah ni tapi mood nak start study takda lagi nampak kelibatnya. Jadi Lanun amik keputusan update blog lah. Nak citer pasal subjek yang Lanun amik Technopreneurship ni. Korang tau tak aper technopreneur ni? entrepreneurship is the practice of consistently converting good ideas into profitable commercial. ventures. jadi technopreneurship adalah menggunakan teknologi sebagai satu asas dan kaedah untuk membuat sesuatu yang bernilai komersil.

Ok lar.. takleh jadi ni.. yang lain semua study.. kang jauh lak Lanun tertinggal.

Why "Blogging" he3