Showing posts with label genius. Show all posts
Showing posts with label genius. Show all posts

23 November 2010

SPM 2010 STPM 2010 Semoga Berjaya!

3 komen disini yer..
Salam...
Blog Lanunsepet mengucapkan ucapan selamat berjaya kepada semua calon calon SPM dan STPM 2010 tahun ini. Buat yang terbaik, semoga apa yang telah diusahakandibayar dengan keputusan yang cemerlang. Usaha Doa Tawakal...Betulkan niat.

Lanun ingin mengingatkan SPM dan STPM merupakan satu peperiksaan yang sedikit sebanyak bakal mencorakkan masa depan korang, jadi jangan anggap ia sesuatu yang remeh. Zaman sekarang semua pekerjaan memerlukan sijil untuk menentukan taraf gaji dan pangkat. Jadi, teruskan menuntut ilmu selagi ada kemampuan dan minat.

22 November 2010

Tips Kuatkan Daya Ingatan

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan sedikit cara atau petua untuk menajamkan daya mengingat kita. Ia nya Lanun dapat dari blog CinaIslam. Dibawah Lanun just nyatakan point point sahaja, untuk penerangan lengkap setiap petua dibawah boleh terus klik ke link ini [Idhamlim - Tips Kuatkan Daya Ingatan].
  • Amalkan Tidur Yang Cukup
  • Mengawal Tekanan
  • Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
  • Bersenam
  • Elakkan Kemurungan
  • Awasi Pengambilan Ubat
  • Belajar Sesuatu yang Baru
  • Permainan
  • Banyak Membaca
  • Katakan Berulang Kali
  • Fokus
  • Bermain Dengan Angka
  • Membaca Al-Quran

21 March 2010

Genius : 6 Rahsia pemakanan ilmuwan Islam....

0 komen disini yer..
Bangga itulah Lanun rasa dengan Ilmuwan Islam dahulu kala seperti Ibnu Sina, Al khawarizmi, Ibnu al-Nafis, Ibnu Firnas dan banyak lagi tokoh yang telah membawa satu revolusi pada dunia. Banyak tokoh barat mengakui kehebatan mereka ini. Pastinya kita tertanya-tanya apakah rahsia kehebatan mereka? Salah satu rahsia mereka mesti lah dari segi pemakanan, selain makanan yang halal dan berkat untuk menjadi orang yang hebat. Makanan yang kita amik perlu lah jugak sihat dan baik untuk minda serta badan.. Jom ikuti beberapa senarai makanan yang dijadikan amalan tokoh ilmuwan islam. :

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

27 July 2009

JAM TANGAN : edisi untuk Orang Genius (smart!!)

0 komen disini yer..

Salam.....

Yang ni koleksi jam tangan untuk genius2...nak tgk guane pun tak paham...
jadi yang genius jar pandai....(Manual ade..jgn risau....)

Tgk bawah untuk gambar..






















Lanun : Gua suka jam yg gambo no 5-6 tu..bagi cair skit otak beku ni...