Showing posts with label perkembangan. Show all posts
Showing posts with label perkembangan. Show all posts

21 May 2011

Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa Hulu Langat Selangor

0 komen disini yer..

Update 1:15 am : Sehingga kini, seramai 21 orang daripada 25 mangsa, membabitkan 20 pelajar dan lima dewasa, yang tertimbus telah dikeluarkan. Daripada jumlah mangsa dikeluarkan itu, seramai 12 orang terkorban, 9 selamat dengan kecederaan. Dua mangsa terakhir yang telah meninggal dunia, dikeluarkan dari tapak kejadian tertimbus pada jam 11.48 malam. Mangsa yang maut terdiri daripada 10 pelajar dan 2 dewasa manakala mangsa terselamat 6 pelajar dan 3 dewasa. Seramai 4 orang lagi masih tertimbus dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Salam..
Lanun terkejut mendengar berita kejadian tragedi tanah [Baca Mstar] runtuh yang melanda rumah anak yatim at taqwa di Hulu Langat Selangor. Menurut perkembangan terkini 20 orang telah tertimbus, 8 orang telah diselamatkan dan 5 orang telah maut (ada yang kata 3 orang). Masih ada lagi yang tertimbus!!

Gambar Dari Tempat kejadian : 


Ya Allah selamatkanlah mereka yang tertimbus, kuatkankanlah mangsa untuk survived dan mudahkanlah usaha menyelamat. Engkau lah penyelamat kami Ya Allah..

Menurut maklumat keadaan sesak dengan kenderaan orang tak berkaitan.. : 

LANUN SERU PADA SEMUA YANG TAK BERKENAAN SILA JAUHKAN DIRI DARI TEMPAT KEJADIAN!! KEHADIRAN ANDA HANYA MENGHALANG / TAMBAH SESAK KAWASAN KEJADIAN DAN INI MENYUSAHKAN SUKARELAWAN DAN UNIT KESELAMATAN UNTUK BERGERAK DENGAN CEPAT. JANGAN ADA MANGSA YANG BOLEH DISELAMAT TETAPI KERANA KESESAKAN ORANG DTG SEBAB NAK TENGOK N AMIK GAMBAR, ADA MANGSA YANG MATI DI PERJALANAN NANTI... PLEASE!!

p/s : Takziah pada semua keluarga mangsa dari Blog Lanunsepet..
Sumber Foto : Galeri Gambar Berita Harian

01 September 2010

Heret segera Namewee ke mahkamah ??? Pengetua Yang Rasis tu Tak Nak Heret Sekali?

6 komen disini yer..
Salam...
Lanun baca berita pasal desakan sesetengah pihak untuk heret namewee atau nama betulnya Wee Meng Chee ke mahkamah kerana telah menyemarakkan api perkauman. Pihak ni juga telah mendesak supaya si Namewee di heret secepat mungkin ke sana. terdapat juga pelbagai cadangan untuk menghukum Namewee.

Lanun tak mahu masuk campur pasal hukuman hukuman ini, tapi Lanun terfikir. Kenapa Namewee bertindak sedimikian? Kenapa? Ini adalah kerana ada individu yang bertindak racist / rasis pada rakyat Malaysia. betul tak? Kalau orang kata Namewee tak patriotik? dan Rasis? apa pula status pengetua yang kecoh hari tu? dia juga rasis dan kenyataan juga tak patriotik? Dia tak diheret?

Bagaimana pula dengan Ibrahim Ali? Datuk Datuk Ahmad Ismail? Datuk Nasir safar? ingat lagi kan kisah kisah dan kenyataan panas mereka? mereka juga menyemarakkan api perkauman dan boleh juga dikatakan tidak patriotik. Ada double standard kah? mereka ada pangkat kot. Taknak heret sekali? jangan hanya nampak seorang pesalah!


Sebenarnya inilah yang diperhatikan oleh bangsa lain wahai rakyat Malaysia.. Jangan ada ketidak adilan, jangan salah langkah dalam memberi hukuman. 

Lanun bukan kata Namewee tak salah, dia tetap salah kerana menggunakan kata kata lucah yang teruk dan menambah teruk keadaan. Semua tu adalah sangat menyalahi undang undang negara. Lanun pun benci dengan video tu dan tentang habis habisan penggunaan ayat ayat dan gambar dalam video nah fuck racism tersebut.

Tapi cuba kita cari akar puncanya..dan point point itulah yang kita kena fikir fikirkan..
Sekian.. sekadar pendapat Lanun. 

21 March 2010

Genius : 6 Rahsia pemakanan ilmuwan Islam....

0 komen disini yer..
Bangga itulah Lanun rasa dengan Ilmuwan Islam dahulu kala seperti Ibnu Sina, Al khawarizmi, Ibnu al-Nafis, Ibnu Firnas dan banyak lagi tokoh yang telah membawa satu revolusi pada dunia. Banyak tokoh barat mengakui kehebatan mereka ini. Pastinya kita tertanya-tanya apakah rahsia kehebatan mereka? Salah satu rahsia mereka mesti lah dari segi pemakanan, selain makanan yang halal dan berkat untuk menjadi orang yang hebat. Makanan yang kita amik perlu lah jugak sihat dan baik untuk minda serta badan.. Jom ikuti beberapa senarai makanan yang dijadikan amalan tokoh ilmuwan islam. :

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

06 March 2010

GAMBAR : Chile Selepas 3 Hari Dilanda Gempa Bumi...

2 komen disini yer..
Salam...

Tiga hari selepas salah satu gempa bumi yang terbesar yang pernah tercatat melanda bumi Amerika Selatan Chile, kerosakan yang jelas, dan jumlah korban yang diketahui telah naik menjadi 723 kematian, ribuan masih hilang, dan hampir 2 juta pelarian.

Kerajaan seluruh dunia membuat janji bantuan selepas Presiden Chile Michelle Bachelet meminta mobilebridge, rumah sakit, telefon satelit, generator elektrik, disaster assessment teams, sistem penapis air, dapur dan restoran, kata para pegawai PBB. Dibawah adalah foto terbaru dari daerah-daerah di Chile yang musnah kerana gempa berkekuatan 8.8 dan tsunami melanda berikutnya.

Lihat 37 gambar di bawah [...]