Showing posts with label pemakanan. Show all posts
Showing posts with label pemakanan. Show all posts

17 October 2010

Video wajib tonton.. ada mesej yang SANGAT penting di akhir video ni..

4 komen disini yer..
Salam..
Video ni Lanun amik dari facebook ustaz Zahazan. Mula mula lanun ingat ia sekadar tunjuk kehebatan ingatan anak kecil bernama Hasan Menem (2 tahun) ni, tapi ia sebenarnya ada mesej yang sangat sangat penting di akahir video ni. Lanun sarankan semua orang tengok hingga ke saat terakhir rakaman ni.

Jika tak tengok sampai habis ia akan jadi video yang biasa bagi korang...lagipun 2 minit jer.


Import video dari facebook ke dalam blog? tak tahu caranya? KLIK SINI

21 March 2010

Genius : 6 Rahsia pemakanan ilmuwan Islam....

0 komen disini yer..
Bangga itulah Lanun rasa dengan Ilmuwan Islam dahulu kala seperti Ibnu Sina, Al khawarizmi, Ibnu al-Nafis, Ibnu Firnas dan banyak lagi tokoh yang telah membawa satu revolusi pada dunia. Banyak tokoh barat mengakui kehebatan mereka ini. Pastinya kita tertanya-tanya apakah rahsia kehebatan mereka? Salah satu rahsia mereka mesti lah dari segi pemakanan, selain makanan yang halal dan berkat untuk menjadi orang yang hebat. Makanan yang kita amik perlu lah jugak sihat dan baik untuk minda serta badan.. Jom ikuti beberapa senarai makanan yang dijadikan amalan tokoh ilmuwan islam. :

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.