Showing posts with label hujan lebat. Show all posts
Showing posts with label hujan lebat. Show all posts

22 May 2011

Senarai Nama Penuh Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim At Taqwa Hulu Langat

1 komen disini yer..

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini. Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

21 May 2011

Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa Hulu Langat Selangor

0 komen disini yer..

Update 1:15 am : Sehingga kini, seramai 21 orang daripada 25 mangsa, membabitkan 20 pelajar dan lima dewasa, yang tertimbus telah dikeluarkan. Daripada jumlah mangsa dikeluarkan itu, seramai 12 orang terkorban, 9 selamat dengan kecederaan. Dua mangsa terakhir yang telah meninggal dunia, dikeluarkan dari tapak kejadian tertimbus pada jam 11.48 malam. Mangsa yang maut terdiri daripada 10 pelajar dan 2 dewasa manakala mangsa terselamat 6 pelajar dan 3 dewasa. Seramai 4 orang lagi masih tertimbus dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Salam..
Lanun terkejut mendengar berita kejadian tragedi tanah [Baca Mstar] runtuh yang melanda rumah anak yatim at taqwa di Hulu Langat Selangor. Menurut perkembangan terkini 20 orang telah tertimbus, 8 orang telah diselamatkan dan 5 orang telah maut (ada yang kata 3 orang). Masih ada lagi yang tertimbus!!

Gambar Dari Tempat kejadian : 


Ya Allah selamatkanlah mereka yang tertimbus, kuatkankanlah mangsa untuk survived dan mudahkanlah usaha menyelamat. Engkau lah penyelamat kami Ya Allah..

Menurut maklumat keadaan sesak dengan kenderaan orang tak berkaitan.. : 

LANUN SERU PADA SEMUA YANG TAK BERKENAAN SILA JAUHKAN DIRI DARI TEMPAT KEJADIAN!! KEHADIRAN ANDA HANYA MENGHALANG / TAMBAH SESAK KAWASAN KEJADIAN DAN INI MENYUSAHKAN SUKARELAWAN DAN UNIT KESELAMATAN UNTUK BERGERAK DENGAN CEPAT. JANGAN ADA MANGSA YANG BOLEH DISELAMAT TETAPI KERANA KESESAKAN ORANG DTG SEBAB NAK TENGOK N AMIK GAMBAR, ADA MANGSA YANG MATI DI PERJALANAN NANTI... PLEASE!!

p/s : Takziah pada semua keluarga mangsa dari Blog Lanunsepet..
Sumber Foto : Galeri Gambar Berita Harian