Showing posts with label hulu selangor. Show all posts
Showing posts with label hulu selangor. Show all posts

22 May 2011

Senarai Nama Penuh Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim At Taqwa Hulu Langat

1 komen disini yer..

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini. Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

24 April 2010

Lanun Harap Kita Jangalah Percaya Pada Apa Yang Sejarah Telah Semai Dalam Pemikiran Kita...

2 komen disini yer..
Salam...

Kecoh hari ni pasal kenyataan TG Nik Aziz mengenai politik dan Islam. Pihak sebelah sana telah membuat laporan polis mengenai kenyataan TGNA ni, mereka mengatakan tindakan TGNA berbahaya, tidak benar, menghina sultan, Betul ke ni wei?

Lanun dengar kenyataan TGNA balik. Apa yang dikatakan TGNA adalah benar dan tepat. Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Begitu juga dengan masjid. Masjid sepatutnya menjadi one stop centre bagi semua hal yang membawa kepada kearah kebaikan terutama politik (tapi dengan menjaga adab dan kesucian masjid). 

Islam adalah syumul, sehinggakan nak buang air, hubungan kelamin suami isteri pun Islam nyatakan bagaimana cara yang betul dan tidak melanggari adab serta norma fitrah manusia. Inikan pula politik. Politik adalah satu cabang Islam. Islam menguasai 3/4 dunia dahulu adalah kerana politik. Nabi Muhammad SAW pula adalah merangkap perdana menteri, menteri kewangan, panglima perang dan sebagainya semasa masa hidupnya. Ini menunjukan Islam ini benar benar syumul.

Janganlah lagi terpengaruh dengan dakyah barat yang dulu menjajah kita. Barat dahulu pisahkan kita dengan agama Islam. Sultan dipisahkan dari pentadbiran dan menggantikannya dengan sistem Residen. Barat berjaya membuatkan kita dahulu berfikir Islam hanyalah Solat, Puasa, Zakat dan paling tinggi adalah Haji. Sesungguhnya Islam bukan tu sahaja. Cuma sekarang politik itu dianggap kotor kerana segolongan pihak dah kotorkanya. Sucikan lah politik itu dengan letakkan ia dibawah Islam, Islam adalah politik yang terbaik, penyelesaian segala masalah. Keadilan untuk semua, Islam mampu bagi keadilan pada semua.

Jangan mudah percaya dengan berita sekarang yang banyak menabur fitnah. Sekian ~

Nak Tengok Video TGNA?