21 May 2011

Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa Hulu Langat Selangor


Update 1:15 am : Sehingga kini, seramai 21 orang daripada 25 mangsa, membabitkan 20 pelajar dan lima dewasa, yang tertimbus telah dikeluarkan. Daripada jumlah mangsa dikeluarkan itu, seramai 12 orang terkorban, 9 selamat dengan kecederaan. Dua mangsa terakhir yang telah meninggal dunia, dikeluarkan dari tapak kejadian tertimbus pada jam 11.48 malam. Mangsa yang maut terdiri daripada 10 pelajar dan 2 dewasa manakala mangsa terselamat 6 pelajar dan 3 dewasa. Seramai 4 orang lagi masih tertimbus dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Salam..
Lanun terkejut mendengar berita kejadian tragedi tanah [Baca Mstar] runtuh yang melanda rumah anak yatim at taqwa di Hulu Langat Selangor. Menurut perkembangan terkini 20 orang telah tertimbus, 8 orang telah diselamatkan dan 5 orang telah maut (ada yang kata 3 orang). Masih ada lagi yang tertimbus!!

Gambar Dari Tempat kejadian : 


Ya Allah selamatkanlah mereka yang tertimbus, kuatkankanlah mangsa untuk survived dan mudahkanlah usaha menyelamat. Engkau lah penyelamat kami Ya Allah..

Menurut maklumat keadaan sesak dengan kenderaan orang tak berkaitan.. : 

LANUN SERU PADA SEMUA YANG TAK BERKENAAN SILA JAUHKAN DIRI DARI TEMPAT KEJADIAN!! KEHADIRAN ANDA HANYA MENGHALANG / TAMBAH SESAK KAWASAN KEJADIAN DAN INI MENYUSAHKAN SUKARELAWAN DAN UNIT KESELAMATAN UNTUK BERGERAK DENGAN CEPAT. JANGAN ADA MANGSA YANG BOLEH DISELAMAT TETAPI KERANA KESESAKAN ORANG DTG SEBAB NAK TENGOK N AMIK GAMBAR, ADA MANGSA YANG MATI DI PERJALANAN NANTI... PLEASE!!

p/s : Takziah pada semua keluarga mangsa dari Blog Lanunsepet..
Sumber Foto : Galeri Gambar Berita Harian
Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: