Salam..
Masyarakat sekarang berada di akhir zaman. Kita tak lagi terima Nabi Nabi yang diturunkan seperti umat terdahulu. Sesungguhnya apa yang ada pada kita sekarang ni yakni AlQuran dan Assunnah adalah lengkap sebagai rujukan dalam agama Islam. Tapi realitinya Islam kita harfi ni tak sebegitu, Islam dianut hanya sebagai hobi atau sekadar diwarisi dari ibu bapa sebagai satu pewarisan gelaran.
Kenapa dikatakan sebagai hobi? Hobi ni kita tahu adalah aktiviti masa lapang, aku aktiviti yang kita lakukan sebagai sampingan. Itulah yang terjadi pada Islam kita. Penggabungan diri dengan Islam hanya menjadi seperti Hobi yang dibuat bila suka. Bila lapang barulah membaca AlQuran, Bila lapang barulah solat, Bila senang barulah ingat Allah. Bila sibuk? Islam seperti di sudut yang lain.
Ada sahabat saya dari Selangau Sarawak ceritakan mengenai "Islam Sejati". Apa itu Islam Sejati? Kata seorang rakannya "Kamu ni Islam Sejati lah yer?" Kenapa? "Ibu dan Ayah Kamu dua dua nya asal Islam, Jadi bila kamu lahir kamu ni kira Islam yang sejati". Sahabat Lanun ingatkan "Islam sejati" tu warak atau zuhud, tapi lain pula ceritanya disana.
Hakikatnya Kesejatian Islam itu tak boleh diwarisi, Macam lagu Raihan tu. Kita terpilih dilahirkan dalam Islam, jangan sampai Allah tarik nikmat satu persatu barulah kita nak mencari Islam itu. Islam 1 cara hidup ia penggabungan hidup dan mati.
1 komen disini yer..:
ibu saya masuk Islam pada umurnya 14 tahun, & berkahwin dengan ayah saya. mm.. warisan?
itu bgantung kepada didikan. alhamdulillah, saya rasakan Islam yg dididik dalam jiwa kami 7 beradik adalah yang menuju ke syurga Allah SWT
Post a Comment