18 May 2011

Kenapa Perlu Sertai Usrah?

Salam..
Dalam kita sibuk bekerja dan aktiviti lain jangan lak kita lupa dengan pengisian rohani. Salah satu cara nya dengan hadiri Usrah. Selain tu pengisian dari segi tu, banyak sebenarnya kelebihan usrah ni. Jadi kat sini Lanun nak share sket kenapa perlu hadiri usrah.

Pertama, Menambah ilmu. "Nak Dunia kena ada ilmu nak Akhirat perlu pun ilmu,  dan nak dua dua pun kena ada ilmu" sabda Nabi Muhammad SAW. Dalam keadaan dan suasana yang tidak dikelilingi majlis ilmu Usrah boleh menjadi medium tambah ilmu. Jangan biar kita bertahun tahun ni takda peningkatan dalam ilmu agama! Rugi..tu yang Lanun sangat takut.

Kedua, Mengeratkan silaturrahim. Ahli usrah sememangnya bukan seperti kawan biasa. Ia seperti adik beradik yang di ikat dengan ukhuwwah Islamiyyah. InysaAllah ukhuwwah yang terbentuk dari tarbiah usrah sukar di gugat dan kuat ikatanya. Kenapa? kerana ahli ahli usrah ni niat dia ikhlas untuk bersama sama mencari ilmu dan keredhaan Allah. 

Ketiga, Melatih diri berbahas dan memberi pendapat. Dalam ilmu agama, berbahas dan bersoal jawab memang akan menambah ilmu kita. InsyaAllah ahli usrah yang lain akan membantu menjawab persoalan dan ketidakpahaman kita. Ia dapat latih soft skill dan keluasan ilmu kita dalam dunia kontemporari sekarang nih.

P/S : Lanun jemput semua ke program Usrah sekitar anda.. Yang penting risik risik usrah tu dulu, bukan pa.. takut ajaran sesat lak he3...


Sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu. (Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)
Blog Widget by LinkWithin

2 komen disini yer..:

Anonymous said...

setuju~

..chekZu..

Anonymous said...

Dimana slalunya usrah ni diadakan..