Salam...
Lanun baca berita pasal desakan sesetengah pihak untuk heret namewee atau nama betulnya Wee Meng Chee ke mahkamah kerana telah menyemarakkan api perkauman. Pihak ni juga telah mendesak supaya si Namewee di heret secepat mungkin ke sana. terdapat juga pelbagai cadangan untuk menghukum Namewee.
Lanun tak mahu masuk campur pasal hukuman hukuman ini, tapi Lanun terfikir. Kenapa Namewee bertindak sedimikian? Kenapa? Ini adalah kerana ada individu yang bertindak racist / rasis pada rakyat Malaysia. betul tak? Kalau orang kata Namewee tak patriotik? dan Rasis? apa pula status pengetua yang kecoh hari tu? dia juga rasis dan kenyataan juga tak patriotik? Dia tak diheret?
Bagaimana pula dengan Ibrahim Ali? Datuk Datuk Ahmad Ismail? Datuk Nasir safar? ingat lagi kan kisah kisah dan kenyataan panas mereka? mereka juga menyemarakkan api perkauman dan boleh juga dikatakan tidak patriotik. Ada double standard kah? mereka ada pangkat kot. Taknak heret sekali? jangan hanya nampak seorang pesalah!
Sebenarnya inilah yang diperhatikan oleh bangsa lain wahai rakyat Malaysia.. Jangan ada ketidak adilan, jangan salah langkah dalam memberi hukuman.
Lanun bukan kata Namewee tak salah, dia tetap salah kerana menggunakan kata kata lucah yang teruk dan menambah teruk keadaan. Semua tu adalah sangat menyalahi undang undang negara. Lanun pun benci dengan video tu dan tentang habis habisan penggunaan ayat ayat dan gambar dalam video nah fuck racism tersebut.
Tapi cuba kita cari akar puncanya..dan point point itulah yang kita kena fikir fikirkan..
Sekian.. sekadar pendapat Lanun.