Showing posts with label mudah. Show all posts
Showing posts with label mudah. Show all posts

22 November 2010

Tips Kuatkan Daya Ingatan

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan sedikit cara atau petua untuk menajamkan daya mengingat kita. Ia nya Lanun dapat dari blog CinaIslam. Dibawah Lanun just nyatakan point point sahaja, untuk penerangan lengkap setiap petua dibawah boleh terus klik ke link ini [Idhamlim - Tips Kuatkan Daya Ingatan].
  • Amalkan Tidur Yang Cukup
  • Mengawal Tekanan
  • Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
  • Bersenam
  • Elakkan Kemurungan
  • Awasi Pengambilan Ubat
  • Belajar Sesuatu yang Baru
  • Permainan
  • Banyak Membaca
  • Katakan Berulang Kali
  • Fokus
  • Bermain Dengan Angka
  • Membaca Al-Quran

03 November 2010

Penurunan "Referrer Site" dari Digg.com ?

4 komen disini yer..
 

Salam...
Korang biasa dengan laman web Digg.com? Pada blogger blogger yang rajin update blog dan yang mengejar trafik pastinya kenal dengan lama web "gali" ni (digg.com). bagi yang tak tahu Digg.com merupakan adalah satu merupakan satu laman sesawang yang dijadikan tempat untuk orang berkongsi cerita ( link link dan url sesuatu web atau post terbaru )

Kebaikan Digg.com adalah ia dapat menaikkan "value" atau "ranking" post korang apabila korang submit link post blog korang kat sana. Yup, memang betul!, disebabkan tu Digg.com merupakan antara referrer terbanyak Lanun sebab ia telah naikkan ranking post Lanun di SERP (Search Engine Result Page)


Tetapi sekarang tak, hu3.. sejak Digg.com mengubah laman web nya kepada satu sistem yang baru referrer dari Digg.com telah jatuh menjunam. Adakah kerana kelemahan blog Lanun? atau Digg tidak berfungsi lagi seperti sebelum ni? Harap ada perkongsian jugak dari korang. TQ myfren..

20 September 2010

Petua Jaga Gigi Kanak Kanak Untuk Ibu Bapa

2 komen disini yer..
he3.. masa kecik2 malu bila gigi depan hilang.. nak senyum segannn...

Salam..
Lanun kongsikan beberapa petua atau tips untuk ibu bapa yang mempunyai anak dan bakal memiliki anak. Tips di bawah ni Lanun dapat dari satu artikel di harian metro yang menceritakan pengjagaan gigi.

Petua jaga gigi anak
  1. Ibu disaran berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga kebersihan mulut bayi
  2. Elak memberi anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. Sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur
  3. Bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara tiga hingga empat tahun)
  4. Beri sedikit air masak kepada bayi anda ketika dia berusia tiga atau empat bulan bertujuan membersihkan mulutnya dari sisa susu
  5. Apabila anak berusia 10 atau 11 bulan beri dia minum banyak air masak dari cawan
  6. Apabila anda dapati anak mula mengalami masalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor
  7. Sediakan air masak setiap kali makan
  8. Minum air manis dengan menggunakan penyedut minuman; sebaliknya minum air masak terus dari cawan atau gelas
  9. Jangan sediakan air manis ketika makan tengah hari atau malam. Jadikan air masak sebagai minuman ‘rasmi’ keluarga
  10. Bermula umur 12 tahun, anak anda perlu menjalani pemeriksaan gigi sama seperti anda iaitu dua kali setahun.

14 March 2010

Image Resizer Paling Mudah.....

0 komen disini yer..
Salam...

Untuk resize picture macam-macam software boleh kiter gune, berlambak-lambak software yang free kat luar sane yang leh gune untuk aplikasi mengubah saiz gambar atau photo. Korang leh gune paint, microsoft office picture manager, photoshop, picasa dan dot dot dott.

Untuk hari ni Lanun akan share satu software yang Lanun gunekan kat laptop Lanun. Software ni boleh resize picture tanpa perlu bukan ape-ape aplikasi pun. Mudah, Mesra, Cepat dan sempoi. Name software ni ImageResizer dari PowerToys for Windows XP. Mudahnya hanya korang perlu right klik dan pilih saiz baru yang korang nak, klik ok n siap. Korang boleh jugak select multiple files sekaligus.

Nak software tu?