Showing posts with label orang tua. Show all posts
Showing posts with label orang tua. Show all posts

16 October 2010

Tahu Tak Korang? Kadar Gula dalam Minuman dan Makanan ni?

5 komen disini yer..
Salam..
Lanun nak kongsikan sedikit maklumat mengenai kadar gula yang ada dalam minuman dan makanan ( sunber : blog cina islam idhamlim.blogspot.com ) di bawah. Seperti yang kita tahu pengambilan gula ni kalu berlebihan memang leh bahayakan kesihatan, Kencing Manis. Penyakit yang banyak melanda orang tua tua dan sekarang orang muda muda pun dah ada kencing manis.


Kenapa orang muda kena? Pengambilan makanan yang tak betul.. Jom kita lihat berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman kat gambar gambar bawah ni..ada jagung, nanas, minuman gas, tengaga, coklat bar dan macam macam lagi.  Ada banyak pastikan korang skroll sampai habis ok. Akhir kata kurang manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman he3.

Apa kata kita mulakan gambar pertama dengan kadar gula bagi buah jagung...

20 September 2010

Petua Jaga Gigi Kanak Kanak Untuk Ibu Bapa

2 komen disini yer..
he3.. masa kecik2 malu bila gigi depan hilang.. nak senyum segannn...

Salam..
Lanun kongsikan beberapa petua atau tips untuk ibu bapa yang mempunyai anak dan bakal memiliki anak. Tips di bawah ni Lanun dapat dari satu artikel di harian metro yang menceritakan pengjagaan gigi.

Petua jaga gigi anak
  1. Ibu disaran berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga kebersihan mulut bayi
  2. Elak memberi anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. Sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur
  3. Bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara tiga hingga empat tahun)
  4. Beri sedikit air masak kepada bayi anda ketika dia berusia tiga atau empat bulan bertujuan membersihkan mulutnya dari sisa susu
  5. Apabila anak berusia 10 atau 11 bulan beri dia minum banyak air masak dari cawan
  6. Apabila anda dapati anak mula mengalami masalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor
  7. Sediakan air masak setiap kali makan
  8. Minum air manis dengan menggunakan penyedut minuman; sebaliknya minum air masak terus dari cawan atau gelas
  9. Jangan sediakan air manis ketika makan tengah hari atau malam. Jadikan air masak sebagai minuman ‘rasmi’ keluarga
  10. Bermula umur 12 tahun, anak anda perlu menjalani pemeriksaan gigi sama seperti anda iaitu dua kali setahun.