Showing posts with label cara seo. Show all posts
Showing posts with label cara seo. Show all posts

21 May 2011

Bukti Apa Yang Rakyat Malaysia Nak??

3 komen disini yer..
Salam...
Petang semua.. buat pe hujung minggu ni? harap ia di isi dengan perkara yang berfaedah. Walaupun dok umah paling tidak boleh ngadap internet cari sesuatu yang dapat bagi kebaikan pada diri kita. Jangan berfacebook jer, kalau suka sangat berfacebook pun jenguk jenguk facebook Ustaz Zahazan, Zaharuddin.net atau pun Ustaz Azhar Idrus semoga ada manfaat sket.

Tadi tengah dok main main kat google, Lanun terfikir untuk taip "aku nak" dan "saya nak" di ruang search Enjin Google. Nak tengok ape la suggestion yang kuar. Nak tahu apa hasilnya? Tengok dibawah.. nak gelak pun ada, tapi itulah apa yang rakyat Malaysia mahukan mungkin kot he3.

p/s : sekadar suka suka, ia tak mengambarkan aspirasi rakyat Msia pun.

Tengok atas n bawah : paling atas nak kurus?? adakah rakyat Msia byk Obesiti??


nak bunuh diri pun google lagi... mungkin tak yakin nak terjun agaknya... he3

03 November 2010

Penurunan "Referrer Site" dari Digg.com ?

4 komen disini yer..
 

Salam...
Korang biasa dengan laman web Digg.com? Pada blogger blogger yang rajin update blog dan yang mengejar trafik pastinya kenal dengan lama web "gali" ni (digg.com). bagi yang tak tahu Digg.com merupakan adalah satu merupakan satu laman sesawang yang dijadikan tempat untuk orang berkongsi cerita ( link link dan url sesuatu web atau post terbaru )

Kebaikan Digg.com adalah ia dapat menaikkan "value" atau "ranking" post korang apabila korang submit link post blog korang kat sana. Yup, memang betul!, disebabkan tu Digg.com merupakan antara referrer terbanyak Lanun sebab ia telah naikkan ranking post Lanun di SERP (Search Engine Result Page)


Tetapi sekarang tak, hu3.. sejak Digg.com mengubah laman web nya kepada satu sistem yang baru referrer dari Digg.com telah jatuh menjunam. Adakah kerana kelemahan blog Lanun? atau Digg tidak berfungsi lagi seperti sebelum ni? Harap ada perkongsian jugak dari korang. TQ myfren..