Showing posts with label produk yahudi. Show all posts
Showing posts with label produk yahudi. Show all posts

21 May 2011

Bukti Apa Yang Rakyat Malaysia Nak??

3 komen disini yer..
Salam...
Petang semua.. buat pe hujung minggu ni? harap ia di isi dengan perkara yang berfaedah. Walaupun dok umah paling tidak boleh ngadap internet cari sesuatu yang dapat bagi kebaikan pada diri kita. Jangan berfacebook jer, kalau suka sangat berfacebook pun jenguk jenguk facebook Ustaz Zahazan, Zaharuddin.net atau pun Ustaz Azhar Idrus semoga ada manfaat sket.

Tadi tengah dok main main kat google, Lanun terfikir untuk taip "aku nak" dan "saya nak" di ruang search Enjin Google. Nak tengok ape la suggestion yang kuar. Nak tahu apa hasilnya? Tengok dibawah.. nak gelak pun ada, tapi itulah apa yang rakyat Malaysia mahukan mungkin kot he3.

p/s : sekadar suka suka, ia tak mengambarkan aspirasi rakyat Msia pun.

Tengok atas n bawah : paling atas nak kurus?? adakah rakyat Msia byk Obesiti??


nak bunuh diri pun google lagi... mungkin tak yakin nak terjun agaknya... he3

25 August 2010

Jawapan : Makanan McDonald Ada Yg Tak Halal ??

7 komen disini yer..
Salam...
Tadi borak borak sekejap dengan kawan, sambil borak tibe tibe kawan dalam bilik bagitahu dier dapat 1 email pasal sijil halal yang digunakan untuk daging di restoran Mc Donald adalah tidak sah dan tidak diperakui oleh JAKIM. Sebab apa kah sijil Halal terbabit tak diperakui?

Email asal yang disebarkan di Internet : Download sini 

Seperti dalam email tersebut Mc Donald menggunakan sijil Halal oleh Uruguay Islamic Centre. Ia nya telah ditarik balik apabila JAKIM mengatakan atas sebab ketidakuran yang berlaku. Apa maksudnya tu? Lanun pun tak paham. Semua tu dinyatakan dalam satu surat rasmi pada Encik Bob Chan Pengarah Mc Food Services Sdn Bhd (Mc Donald).

Jawapan dari JAKIM :
Selepas penyebaran email tersebut JAKIM telah pun respon pada 23hb baru baru ni dalam website rasmi mereka bahawa :


ISU McDONALD
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih.
Pengirim: admin Tarikh: 23/08/2010 Capaian : 68180 [Memo asal]

Saranan Blogger Lanunsepet :
Walaupun JAKIM kata gtu, dan sah ia McDonald masih HALAL, saranan Lanun tak payah lah makan McDonald, makan tempat lain..Adakah anda prihatin pada saudara kita di Palestin?? Mari pakat layan Radix Fried Chicken Halal n NO MSG lagi baik.. produk orang kiter.