Showing posts with label kenapa haram. Show all posts
Showing posts with label kenapa haram. Show all posts

25 August 2010

Jawapan : Makanan McDonald Ada Yg Tak Halal ??

7 komen disini yer..
Salam...
Tadi borak borak sekejap dengan kawan, sambil borak tibe tibe kawan dalam bilik bagitahu dier dapat 1 email pasal sijil halal yang digunakan untuk daging di restoran Mc Donald adalah tidak sah dan tidak diperakui oleh JAKIM. Sebab apa kah sijil Halal terbabit tak diperakui?

Email asal yang disebarkan di Internet : Download sini 

Seperti dalam email tersebut Mc Donald menggunakan sijil Halal oleh Uruguay Islamic Centre. Ia nya telah ditarik balik apabila JAKIM mengatakan atas sebab ketidakuran yang berlaku. Apa maksudnya tu? Lanun pun tak paham. Semua tu dinyatakan dalam satu surat rasmi pada Encik Bob Chan Pengarah Mc Food Services Sdn Bhd (Mc Donald).

Jawapan dari JAKIM :
Selepas penyebaran email tersebut JAKIM telah pun respon pada 23hb baru baru ni dalam website rasmi mereka bahawa :


ISU McDONALD
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih.
Pengirim: admin Tarikh: 23/08/2010 Capaian : 68180 [Memo asal]

Saranan Blogger Lanunsepet :
Walaupun JAKIM kata gtu, dan sah ia McDonald masih HALAL, saranan Lanun tak payah lah makan McDonald, makan tempat lain..Adakah anda prihatin pada saudara kita di Palestin?? Mari pakat layan Radix Fried Chicken Halal n NO MSG lagi baik.. produk orang kiter.

13 August 2010

"Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger Beer"

6 komen disini yer..
Salam..
Kecewa dengan apa yang berlaku di Pasaraya Giant ( kalu tak silap Lanun ) di Bandar baru Nilai, bila mereka telah menggunakan tanda harga promosi hari raya untuk mempromosikan harga istimewa TIGER BEER ( arak berjenama tiger ). Kalau biskut tiger ok lagi tapi ni biskut tapi arak.

Ini bukan apa, kerana perkara ini menyentuh sensitiviti umat Islam. seakan akan mengaitkan hari raya yang bakal menjelma dan Ramadhan yang sedang kita lalui ni dikaitkan dengan arak? macam arak dan perayaan umat islam ni sinonim pulak? Kenapa promosi waktu bulan puasa? Ia jelas menghina dan tidak boleh diterima.

Lanun tak pasti ini kesilapan atau disengajakan, Lanun harap pihak pasaraya tersebut membetulkan kesilapan ini dan meminta maaf. Kalau di lakukan tanpa disengajakan tak apa lah boleh di maafkan. Diharap lain kali tak terjadi lagi. Di harap jugak pasaraya tersebut peka dan tidak bertindak mebuta tuli.

p/s : betul ke pasaraya Giant?

raya bersama Tiger Beer

Berita Asal & Gambar : Email ke Harakahdaily
“Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu. berita penuh..klik sini