Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

09 November 2010

Video Panduan & Tips Peminat Sugar Glider

2 komen disini yer..

Salam...
Kebelakangan ni ramai yang search mengenai "sugar glider" kat blog Lanunsepet. Pada siapa yang tak tahu apakah itu Sugar Glider / Sugar Bear / Honey Glider. Refer artikel Lanun tentang haiwan ni sebelum ni [Sugar Glider : Comel & Manja, Nak Pelihara Tak?]

Binatang ini merupakan binatang seperti tupai yang kecil dan sangat comel. Ia jinak dan perlu pengjagaan rapi. Mungkin makin ramai orang Malaysia nak bela sugar gilder ni, tapi sebelum memelihara sugar glider korang kena tahu fakta, ilmu penjagaan, diet, ubat, kandang, pemakanan dan sebagainya.

Jadi untuk itu, Lanun akan kongsikan beberapa video informasi tentang binatang comel ni. Ia adalah video oleh seorang doktor veterinar Doctor David M Brust yang juga seorang peminat sugar glider. Banyak maklumat yang korang boleh dapat dari video ni sebelum buat keputusan untuk membeli seekor sugarglider.

Nak tahu? Nak belajar lagi pasal Sugar glider? KLIK SINI [ Channel Youtube Pakar Sugarglider ] atau klik gambar di atas. atau pergi ke Youtube dan search "sugarglidervet" ok. Semoga ia beri lebih informasi untuk korang semua. Adios he3.

25 August 2010

Jawapan : Makanan McDonald Ada Yg Tak Halal ??

7 komen disini yer..
Salam...
Tadi borak borak sekejap dengan kawan, sambil borak tibe tibe kawan dalam bilik bagitahu dier dapat 1 email pasal sijil halal yang digunakan untuk daging di restoran Mc Donald adalah tidak sah dan tidak diperakui oleh JAKIM. Sebab apa kah sijil Halal terbabit tak diperakui?

Email asal yang disebarkan di Internet : Download sini 

Seperti dalam email tersebut Mc Donald menggunakan sijil Halal oleh Uruguay Islamic Centre. Ia nya telah ditarik balik apabila JAKIM mengatakan atas sebab ketidakuran yang berlaku. Apa maksudnya tu? Lanun pun tak paham. Semua tu dinyatakan dalam satu surat rasmi pada Encik Bob Chan Pengarah Mc Food Services Sdn Bhd (Mc Donald).

Jawapan dari JAKIM :
Selepas penyebaran email tersebut JAKIM telah pun respon pada 23hb baru baru ni dalam website rasmi mereka bahawa :


ISU McDONALD
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih.
Pengirim: admin Tarikh: 23/08/2010 Capaian : 68180 [Memo asal]

Saranan Blogger Lanunsepet :
Walaupun JAKIM kata gtu, dan sah ia McDonald masih HALAL, saranan Lanun tak payah lah makan McDonald, makan tempat lain..Adakah anda prihatin pada saudara kita di Palestin?? Mari pakat layan Radix Fried Chicken Halal n NO MSG lagi baik.. produk orang kiter.