Showing posts with label jualan. Show all posts
Showing posts with label jualan. Show all posts

09 November 2010

Video Panduan & Tips Peminat Sugar Glider

2 komen disini yer..

Salam...
Kebelakangan ni ramai yang search mengenai "sugar glider" kat blog Lanunsepet. Pada siapa yang tak tahu apakah itu Sugar Glider / Sugar Bear / Honey Glider. Refer artikel Lanun tentang haiwan ni sebelum ni [Sugar Glider : Comel & Manja, Nak Pelihara Tak?]

Binatang ini merupakan binatang seperti tupai yang kecil dan sangat comel. Ia jinak dan perlu pengjagaan rapi. Mungkin makin ramai orang Malaysia nak bela sugar gilder ni, tapi sebelum memelihara sugar glider korang kena tahu fakta, ilmu penjagaan, diet, ubat, kandang, pemakanan dan sebagainya.

Jadi untuk itu, Lanun akan kongsikan beberapa video informasi tentang binatang comel ni. Ia adalah video oleh seorang doktor veterinar Doctor David M Brust yang juga seorang peminat sugar glider. Banyak maklumat yang korang boleh dapat dari video ni sebelum buat keputusan untuk membeli seekor sugarglider.

Nak tahu? Nak belajar lagi pasal Sugar glider? KLIK SINI [ Channel Youtube Pakar Sugarglider ] atau klik gambar di atas. atau pergi ke Youtube dan search "sugarglidervet" ok. Semoga ia beri lebih informasi untuk korang semua. Adios he3.

28 September 2010

Rahsia Bantal dan Personaliti Diri Anda...

3 komen disini yer..
Salam..
Lanun dapat satu email dari sahabat tentang kaitan bantal dan personaliti diri kita. entahlah boleh percaya atau tidak. Apa apa pun Lanun tetap akan kongsikan apakah maksud gaya anda dengan bantal anda serta kaitanya dengan sikap dan peribadi diri anda juga orang yang anda kenali. Mungkin suami atau isteri anda? Anak anak anda?

Peringatan : Ia bukanlah atas kajian jadi anggap ia sekadar suka suka, kebenaran adalah masih tidak dapat dipastikan.

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu