Showing posts with label rahsia wanita. Show all posts
Showing posts with label rahsia wanita. Show all posts

28 September 2010

Rahsia Bantal dan Personaliti Diri Anda...

3 komen disini yer..
Salam..
Lanun dapat satu email dari sahabat tentang kaitan bantal dan personaliti diri kita. entahlah boleh percaya atau tidak. Apa apa pun Lanun tetap akan kongsikan apakah maksud gaya anda dengan bantal anda serta kaitanya dengan sikap dan peribadi diri anda juga orang yang anda kenali. Mungkin suami atau isteri anda? Anak anak anda?

Peringatan : Ia bukanlah atas kajian jadi anggap ia sekadar suka suka, kebenaran adalah masih tidak dapat dipastikan.

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

13 June 2010

Koleksi Rahsia Personaliti Lelaki vs Wanita dari Lanunsentral

5 komen disini yer..
Salam... Koleksi artikel ni diambil daripada salah satu blog projek Lanun iaitu lanunsentral.blogspot.com. Pernah buka lanunsentral? atau blog blog lanun lain? semua tu projek Lanun. He3 actually Lanun ada banyak lagi projek dalam otak ni nak buat, tapi atas kekurangan ilmu dalam dunia web dan blog ni Lanun terpaksa tangguhkan, kena la belajar dulu sikit sikit pelan pelan he3.

Ok, Kat bawah ni adalah koleksi tips, rahsia peribadi, personaliti lelaki dan perempuan dalam pelbagai kategori. Korang boleh browse satu satu k. Lanun saja compile kan kat sini bukan per, kat lanunsentral tu asyik dok terbiar jer. Tak sesempat nak update. Semua link ni akan di direct ke lanunsentral harap maklum.

PERHATIAN : apa yang dipaparkan selalunya adalah kebetulan, jangan percaya secara bulat2!!
  1. Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Dan Juga Perempuan Perlu Tahu
  2. 11 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincang Dengan Lelaki
  3. 30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu
  4. Rahsia Personaliti Melalui Kuku...
  5. Rahsia Personaliti Wanita Dan Bantalnya....
  6. Rahsia Wanita Air Api Tanah Angin
  7. Rahsia Dalam Komunikasi...
  8. Fakta Menarik Tubuh Lelaki Dan Perempuan
  9. Sifat Wanita VS Sifat Lelaki
  10. Rahsia Personaliti Individu Mengikut Bulan Islam
  11. Rahsia Bibir Wanita
  12. Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Urutan Kelahiran
  13. Rahsia Peribadi Mengikut Bentuk Gigi
  14. Rahsia Personaliti Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga
  15. Rahsia Personaliti Wanita Menurut Warna Kegemarannya
  16. Rahsia Personaliti Melalui Gaya & Bentuk Tulisan
  17. Rahsia Melalui Kiraan Tarikh Lahir
  18. Sifat Lelaki Berdasarkan Rambutnya - Ajaran Sesat
  19. Rahsia Diri Melalui Jenis Darah
  20. Rahsia Personaliti Melalui Pergerakan Wanita
  21. Rahsia Mata Seorang Wanita
  22. Rahsia Personaliti Disebalik Bentuk Wajah
  23. Rahsia Personaliti Disebalik Buah-Buahan
Sumber : random blog across internet...

29 July 2009

Jenis Darah Boleh Tentukan Sifat Anda ?? Bleh caye ke ni..

2 komen disini yer..
Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah antara anda suami isteri mempunyai keserasian dan sifat-sifat yang tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini.



~ Kumpulan Darah O ~
Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.


~ Kumpulan Darah A ~
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

~ Kumpulan Darah B ~
Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan.

~ Kumpulan Darah AB ~
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

COKLAT_UNGU : Korang darah ape??..korang mesti tau kriteria diri sendiri kan...cube tengok...kot2 btol..(^_^)


Sumber : Petikan dari majalah Mingguan Wanita, Bil : 1165 (17-23 Mac 2006)