Showing posts with label lelaki vs perempuan. Show all posts
Showing posts with label lelaki vs perempuan. Show all posts

28 May 2010

Lelaki Kotak & Perempuan Wayar...

15 komen disini yer..
Salam....
Macam ada betulnya...

Lelaki : Otaknya dibina berkotak kotak.. kotak itu kotak ini, kotak study, kotak kerja, kotak isteri, kotak duit, kotak hobi, kotak anak anak, kotak kereta, kotak memori lama, kotak ptptn, kotak hutang, kotak tidur, kotak rehat,  kotak dan kotak macam macam kotak lagi. Setiap kotak tak bersentuh antara satu sama lain.

Perempuan : Otaknya dibina dengan wayar, wayar itu wayar ini.. wayar study, wayar kerja, wayar suami, wayar anak anak, wayar ibu mertua, wayar family, wayar tidur, wayar kereta, wayar hutang ptptn, wayar memori lama, wayar duit, wayar bla bla, semua wayar wayar. Semua wayar ni bersambung / bersentuh antara satu sama lain "short".

Situasi : 

Lelaki : Setiap kotak ni tak bersentuh antara 1 sama lain, jadi berkemampuan buat sesuatu, dan pada masa yang sama boleh lupakan perkara yang satu lagi. Lupakan pasal kerja dan family sambil main golf.

Perempuan : Semua nya wayar, short/ bersentuh antara 1 sama lain. Ada masalah ngan kerja leh efek wayar lain, short dengan wayar rehat, short dengan wayar tidur. Tidur and rehat mula terganggu. 

Sumber : motivation video from youtube..


29 July 2009

JOm kite kenali Lelaki Dan Perempuan..

3 komen disini yer..
BAGUSLAH kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan bahawa anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ! nak tau yang seterusnyer..sila tekan link di bawah..!!

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

1. Sembahyang 5 waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat suaminya; dan
4. menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.



Jenis Darah Boleh Tentukan Sifat Anda ?? Bleh caye ke ni..

2 komen disini yer..
Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah antara anda suami isteri mempunyai keserasian dan sifat-sifat yang tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini.



~ Kumpulan Darah O ~
Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.


~ Kumpulan Darah A ~
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

~ Kumpulan Darah B ~
Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan.

~ Kumpulan Darah AB ~
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

COKLAT_UNGU : Korang darah ape??..korang mesti tau kriteria diri sendiri kan...cube tengok...kot2 btol..(^_^)


Sumber : Petikan dari majalah Mingguan Wanita, Bil : 1165 (17-23 Mac 2006)