Showing posts with label keluarga bahagia. Show all posts
Showing posts with label keluarga bahagia. Show all posts

28 May 2010

Lelaki Kotak & Perempuan Wayar...

15 komen disini yer..
Salam....
Macam ada betulnya...

Lelaki : Otaknya dibina berkotak kotak.. kotak itu kotak ini, kotak study, kotak kerja, kotak isteri, kotak duit, kotak hobi, kotak anak anak, kotak kereta, kotak memori lama, kotak ptptn, kotak hutang, kotak tidur, kotak rehat,  kotak dan kotak macam macam kotak lagi. Setiap kotak tak bersentuh antara satu sama lain.

Perempuan : Otaknya dibina dengan wayar, wayar itu wayar ini.. wayar study, wayar kerja, wayar suami, wayar anak anak, wayar ibu mertua, wayar family, wayar tidur, wayar kereta, wayar hutang ptptn, wayar memori lama, wayar duit, wayar bla bla, semua wayar wayar. Semua wayar ni bersambung / bersentuh antara satu sama lain "short".

Situasi : 

Lelaki : Setiap kotak ni tak bersentuh antara 1 sama lain, jadi berkemampuan buat sesuatu, dan pada masa yang sama boleh lupakan perkara yang satu lagi. Lupakan pasal kerja dan family sambil main golf.

Perempuan : Semua nya wayar, short/ bersentuh antara 1 sama lain. Ada masalah ngan kerja leh efek wayar lain, short dengan wayar rehat, short dengan wayar tidur. Tidur and rehat mula terganggu. 

Sumber : motivation video from youtube..


09 May 2010

Berapa Kos Untuk Lahirkan Ku dan Kos Besarkan Sampai Diriku Boleh Berdikari....Boleh Ku Bayar Cash...

8 komen disini yer..
Salam..
Sempena orang sibuk memperkatakan Hari Ibu ni, Lanun pun nak jugak wat satu artikel pasal insan yang istimewa sangat di hati Lanun. Tak lain dan tak bukan bonda, bersyukur sangat pada Allah masih kurniakan umur pada bonda agar dapat Lanun membahagiakan insan yang tak siapa mampu membalas jasa nya.

Senarai yang perlu direnung dan bolehkah di bayar? :
  1. Boleh ke wang / harta membalas kesusahan seorang ibu mengandung kite? cukup dengan rasa mual, hilang selera makan, pening pening, muntah, badan jadi penat gendong kita yang main membesar.
  2. Boleh ke wang / harta membalas kepayahan kesakitan semasa ibu melahirkan kite? dengan kesakitan, pening, lemah anggota badan, ada bedah, tinggal dengan luka pembedahan yang menyakitkan, tiada siapa dapat rasa melainkan seorang ibu.
  3. Boleh ke wang / harta membalas penat lelah ibu membesarkan kite? dari kecik sampai boleh berdikari. Sket sket mak, nak duit mak, nak tu nak ni mak, ada yang mak basuh pakaian, gosokkan baju, hantar k sekolah, masa kecik kena tunggu dekat tadika, panas, memasak masakan, sediakan minuman, untuk sekeluarga pulak tu? untuk berapa lama? kalau adik beradik ramai.. bayangkan kepayahan seorang ibu yang tak pernah merungut.
  4. Ibu dah boleh berputus asa dengan penatnya membesarkan semua adik beradik kita, tapi tak pernah merungut tapi tetap abadikan hidupnya untuk kite semua.. Setiap jam, setiap hari, sepanjang bulan, sepanjang tahun tanpa henti, siang dan malam,hu3 kekuatan apa yang ada pada seorang ibu? kekuatan semangat utk melihat kita berjaya.
  5. Ibu jugak lah yang bagi pujuk kita, tenteram kita bila kita menangis, bagi motivasi bila kita lemah semangat, dia jugaklah yang bagi ubat, bagi duit juga, tahukah kita ibu adalah?
Ibu adalah? Seorang pakar motivasi, pekerja yang tekun tanpa rehat dan cuti setiap hari sepanjang tahun, juga pencari rezeki untuk makan minum kita bagi ibu yang bekerja, ibu jugak pengurus yang cekap mengurus semua anak anaknya tanpa merungut dan sentiasa sabar.

rugi serugi nya seorang anak bila dier dewasa merungut macam macam pada ibu nya sendiri, die tak tahu kalau ibunya bukan seorang yang sabar dah lama ibunya takkan lahirkan dan besarkanya dengan menampung kesusahan yang amat payah. 

Sesungguhnya kita takkan terbalas jasa mak dan ayah kita.. apatah lagi membalasnya dengan kemewahan, kasih sayang ibu,  kesusahan ibu mengandung, melahir dan membesar, titik peluh ibu, takkan dapat anakanda balas. Tapi anakanda akan cuba yang terbaik. Semoga Allah SWT merahmati dan menyayangi Ibu dan Ayah seperti mana Ibu Ayah menyayangi ku sejak kecil hingga kini....

Inspirasi ku, mak dan ayah... anakanda takkan terbalas jasa kalian... 

15 March 2010

5 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Mak & Ayah...

4 komen disini yer..
Salam...

Hari ni nak kongsikan tips dan pendapat bagaimana cara nak bahagiakan mak dan ayah kita. Buat diri ni dan dan kawan-kawan lain yang masih bertuah memiliki ibu bapa sama ada masih sihat atau tidak, harap apa yang  dikongsikan kat sini sama-sama kita renung dan aplikasikan. 

Banyak cara kita boleh buat untuk bahagiakan hati dua insan istimewa ni. Ape yang Lanun kongsikan ni hanya secara umum dan mungkin tak lengkap dan boleh juga terima teguran dari korang sekiranya ada salah. Jom kita hayati 5 cara bagaimana untuk membahagiakan Ayahanda dan Bonda...

1. Taat dan Jangan lawan kata-kata mereka..

29 October 2009

TIPS : Menjadi ibu bapa yg mithali...

9 komen disini yer..
Assalamualaikum & Slamat sore kepada semua pembaca lanun... Lama x bersua.. kali ini C.U ingin berkongsi sdikit persoalan untuk sama2 kita jadikan panduan dalam mendidik anak2 kita nanti. kalau yang dah ada anak tu, bolehlah gunakan untuk muhasabah diri, betulkah cara didikan yang diberikan kpd anak2 selama ini..
(^_*)
Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.Dalam mendidik anak2, mungkin ada antara cara ibu bapa gunakan itu tidak sesuai atau memang tak patut langsung. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengancara didikan ibu bapa. Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif terhadap anak-anak. Antaranya ialah :

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10.Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11.Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12.Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13.Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14.Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15.Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah. anak-anak.

16.Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17.Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18.Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak
20.Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak

21.Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23.Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24.Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25.Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26.Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27.Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28.Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29.Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30.Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31.Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32.Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33.Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34.Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35.Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36.Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37.Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38.Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39.Tidak tegas mendidik anak-anak.
40.Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.




* Back To Halaman Utama *

28 July 2009

TIPS : Petua Menambat Hati Suami anda...

2 komen disini yer..
PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku.

Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja,
tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.


2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami
sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk
mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami
dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan
gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.
Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja.
Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station.
Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu
( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian.
Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.
Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.


LANUN : beri peluang untuk isteri beri yang terbaik pada kita.... he3.. mcm gua dah kahwin pulak.