
(^_*)
Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.Dalam mendidik anak2, mungkin ada antara cara ibu bapa gunakan itu tidak sesuai atau memang tak patut langsung. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan. Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengancara didikan ibu bapa. Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif terhadap anak-anak. Antaranya ialah :
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10.Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11.Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12.Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13.Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14.Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15.Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah. anak-anak.
16.Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17.Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18.Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak
20.Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak
21.Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23.Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24.Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25.Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26.Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27.Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28.Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29.Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30.Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31.Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32.Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33.Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34.Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35.Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36.Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37.Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38.Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39.Tidak tegas mendidik anak-anak.
40.Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

* Back To Halaman Utama *