29 October 2009

TIPS : Menjadi ibu bapa yg mithali...

Assalamualaikum & Slamat sore kepada semua pembaca lanun... Lama x bersua.. kali ini C.U ingin berkongsi sdikit persoalan untuk sama2 kita jadikan panduan dalam mendidik anak2 kita nanti. kalau yang dah ada anak tu, bolehlah gunakan untuk muhasabah diri, betulkah cara didikan yang diberikan kpd anak2 selama ini..
(^_*)
Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.Dalam mendidik anak2, mungkin ada antara cara ibu bapa gunakan itu tidak sesuai atau memang tak patut langsung. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengancara didikan ibu bapa. Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif terhadap anak-anak. Antaranya ialah :

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10.Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11.Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12.Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13.Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14.Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15.Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah. anak-anak.

16.Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17.Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18.Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak
20.Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak

21.Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23.Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24.Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25.Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26.Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27.Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28.Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29.Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30.Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31.Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32.Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33.Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34.Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35.Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36.Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37.Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38.Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39.Tidak tegas mendidik anak-anak.
40.Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.




* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

9 komen disini yer..:

nur.sa said...

hopefully dapat jadik ibu yg mithali jugee in future.:)

LaNuNsepet said...

kalau ibubapanya nakal, or liar.. ader efek tak kat anak?

CoKLaT uNGu said...

mm..soalan menarik..sy mntak lanun tlg wat kajian la k..wat experimen pun ok gak..dapatan kajian empirikal lbh valid & nilai kebolehpercayaan tinggi....

niesz said...

bkn senang nk jd seorg ibu n ayah yg perfect..niesz baru je lpas tgk cite matahari ku..n niesz suke ngan ayat ni dr cite tu td..''nk membina sebuah perkahwinan mmg senang but nk mempertahan kan nyer yg susah..''

LaNuNsepet said...

to niesz : mmg bukan senang... ibubapa kdg fikir bila anaknya dah masuk ke U g LUARNEGARA n PANDAI MENYANYI (contoh) sebagai tanda berjaya mendidik anaknya... tapi realitinya... pengertian berjaya dalam mendidik itu hanya tercapai anak itu menjadi anak yang soleh... andai telah dididik sedaya upaya tetapi masih lagi "tidak menjadi" bersabarlah... kerana itu adalah ujian dan Allah pasti membalas usaha ibubapa kerana berusaha mendidik tanpa jemu.. :-)

CoKLaT uNGu said...

betul3....c.u sokong lanun...
lanun, kt ats tu ank lanun ke? tombamnyer ....

LaNuNsepet said...

aa2 anak lanun... no 8 tu.. he3 bongsu setakat ni..
ader lg incoming nih :-) he3

CoKLaT uNGu said...

huhhh.....semput dgr...
ramai yer...

lanunsepet said...

nape semput wak??