Lanun ada nak kongsi sedikit kisah dari satu blog ni. Mungkin kisah ni ada yang dah baca, dan mungkin ada yang dah tahu. Actually lanun copy nyer dari situ dan post ke Blog lanun ni. Ianya sebagai renungan kita sama-sama sebagai student yang akan bergelar graduan n then akan mencari kerja kelak..
Ikuti kisah di bawah.. Dan PLEASE jangan amalkan k..
Salam.....
Ni bukan sye yg reka, sye cuma fowardkan utk tatapan bersama.....jgn marah yer
Baru-baru ni, aku telah meng interbiew lebih kurang 50 orang graduates yang ingin meminta kerja di syarikat aku.
Mereka ni grad dari pelabagai U dan dari pelbagai jenis tahap pembelajaran dari bidang berkaitan ICT.
Kisah yang aku nak ceritakan sila ambik iktibar dan tolong jgn amalkan bila nak mintak kerja...
Kisah selepas aku pergi iklankan jawatan kat JTR :
Aku dapat panggilan telefon dari bebudak ni dan di antara soalan atau jawapan mereka.
1) "Helo, saya nak apply jawatan sebagai Jr Programmer, Gaji berapa?"
2) "Saya nak apply jawatan yang nombor 1 tu"katanya. Dan saya tanya balik. "Apa nama jawatan yang awak nak apply tu?" saya tanya. Dan dia jawab, "Entah le, saya tak pergi JTR tadi, kawan saya yang bagi tahu ada kosong".
3)" Ni company melayu ke?"
4) "Apsal susah sgt requirement yang company Encik mintak? Tak leh kurang kan sikit ke?" (yang ni bila dia baca bab minimun requirement.)
5) " Kerja kat Ipoh je ke, atau kena transfer tempat lain?"
Yang ni pulak bila aku dah shortlisted dan panggil interview..
Generally,Bila aku tanya beberapa soalan, diorang akan jawab yang lebih kurang sama camni :
Soalan (s) : Dari scale 1 hingga 10 (10 yg terbaik), berapa yang awak letakkan skill dan knowledge awak?
Jawapan (j) : Lebih kurang..aaa...emmm... 4. Sebab saya lecturer saya tak ajar dulu.hee..hee..(dia gelak)
(Jenis yang bergantung pada buku, dan tak reti-reti nak tambah ilmu, sebab dia bukan minat sangat kerja yang dia nak mintak!)
s: Dah tu kalau lecturer awak tak ajar, ada tak awak cuba belajar sendiri?
j: Mana ada..lagipun saya tak berapa study on the practical side. Saya lebihkan study untuk exam je..
(jenis ni yang belajar untuk exam je..final year project upah orang buat)
s: Boleh tak awak buat satu code yang buat connection ngan database? Dengan mengunakan text editor?
j: Tak boleh lah..sebab saya dah lama tinggal bab ni dan dah lama tak pegang.
(dia dah lama tinggal bab tu, tapi nak apply kerja yang melibatkan bab tu..)
s: Dengan pengetahuan dan juga pengalaman asas awak yang (sikit sangat) camni, awak rasa boleh ke awak buat kerja yang saya nak bagi ni?
j: Boleh tapi makan masa sikit le, sebab saya nak kena belajar balik.
s:agak2 berapa lama masa yang awak ambik untuk belajar balik semua benda yang saya list out tadi.
j: Benda yang encik nak tu, dulu dah belajar dah, tapi saya dah lupa, jadi saya rasa untuk belajar balik semasa kerja ngan company encik, maybe ambik masa 6 ke 7 bulan.
s: Hm.. 6 ke 7 bulan ye..habis tu, masa tempoh tu, berapa gaji yang awak expect awak akan dapat?
j: Saya tak demand encik, sebab saya ni tak berapa cekap sangat dan jugak tak berapa tahu sangat pasal kerja ni,Jadi, encik bayar gaji saya dalam RM 1400 ke RM 1600 pun saya terima.
( Ada tak mana2 company yang nak bayar gaji sebanyak tu untuk staff yang belum tentu mendatangkan hasil? )
s: Memandangkan skill dan juga knowledge awak mengenai task yang awak kena buat ni agak rendah., boleh tak kalau syarikat kami berikan awak peluang untuk membuktikan kemampuan awak selama 3 bulan, tetapi gaji yang awak akan dapat tu rendah dari apa yang awak harapkan. Dan selepas 3 bulan, sekiranya awak perform, maka kami akan bagi gaji penuh dan dikira sebagi confirm.
j: Saya rasa tak boleh lah, sebab saya ni degree holder, walaupun saya tak tahu nak buat kerja2 tu semua, encik kena nilaikan degree yang saya ada..
(Hmm...no komen..)
Dan banyak lagi. Dan aku rasa tak perlu lah aku sambung kisah sedih anak bangsaku mintak kerja...
Cuma nasihat ihklas aku, dan sebagai mewakili industri yang ambik orang kerja.. tolong lah persiapkan diri dengan knowledge dan juga skill yang bersesuaian dgn kerja yang nak di mintak tu..(tak smestinya companies nak ambik orang yang pernah ada pengalaman 2 -3 tahun)
Dan sebagai ICT punya orang, korang tak boleh expect ilmu yang di ajar tu je sudah mencukupi untuk korang dapat kerja, sebab ada kawan aku yang cuma ada SPM tapi dia punya knowledge dan juga skill ICT ngalahkan software engineer.Ini semua sebab dia ambik inisiatif untuk belajar sendiri.
Kalau zaman 80 -an dulu maybe le boleh demand,lepas grad je dah ada kerja kerajaan, jadi pegawai...zaman ni? Ada degree pun kena kait sawit..
Kisah Ini di copy dari blog ISUHANGAT... Sekadar renungan buat kita sebagai student U.
* Back To Halaman Utama *
11 komen disini yer..:
Komen2
BtOl...*tkot xlame g nk kje ade interbiu*
Neway, ngape peratos student Ukm yg di amek bekerje sangat rendah nk dibandeng dgn Universiti laen???
Sebab tu la kot
Student Ukm sesangat la ramainye yanh tanam anggor
Mintak2 saye xcegitu
Amin... =S
to budokpahang : yer ker... budak U len pun sama jar ramai yg jadi pengangur terhormat.. he3..
do d best k bro.. mase inteview plg penting, yakinkan interviwer tu nape dier kena amik kita. ayat kena power n penuh yakin.
adoi... kebetulan lepas ni ada interview kat IT company... nasib jumpa cerita ni, xmo ikut mcm diaorang.... huhuhuhu.....
tapi dulu pernah interview candidate untuk masuk kerja, boleh bikin sakit jantung la..... hahahaha....
to wai : ye ker.. gudluck wai... :-)
aku ade dgr org ckp gk nk dpt keje ni kna pndai2 cari org dlm.. kirenye pakai kabel la.. sebab kalo nk dpt keje hasil interview ni mgkn dpt tp sgt susah.. btul ke?
mmg betul la~~ law takde org dalam mmg ssh nak dapat~
ces..politic betul dorg nih..
biler la maju kan?
pttla byk pengangur
Coklat ungu pnah g bengkel cara2 temuduga n diberi contoh resume yg baik .. bengkel ni diberi oleh kakitangan UKM gak.. nnti coklat share kat cni...
to zaimi : ader betulnyer zaimi, tapi yakin lar pada rezki k.. usaha n doa. kalu kiter apply guna usaha kita sendiri baru lar berkat kerja tu ye dak??
to ayu: em2..mane nak maju kan, asyik pilih kroni jar.. nanti org layak pun tersisih nanti.
to coklatungu : :-) nanti kongsi lar, takpun tny lanun..he3 lanun dah ada pengalaman kena interbiu kerja ni.. ader byk soalan pantang kiter tny pd pengintebiu tu, n ade yg digalakkan kiter tny, n baru2 ni lanun ader bengkel dengan org dari industri sendiri. Byk info terkini berkaitan perkembangan dunia kerjaya sekarang.
ader mase nant lanun kongsikan gak tips2 cari kerja zaman sekarang..berbeza macam dulu.. dunia dah berubah.
jawapan2 candidate tu mmg nampak sgt tak bersedia untuk interview. Kot ye pun nk g intvw, kene la tahu jawatn pe yg kita apply, job scope post tu, sume yg berkaitan post tu, at least kena tahu..n yg penting mmg kena get ready. kena buat preparation walau macam mana pun. kalau sy jd intrviewer tu, sy mmg x hire calon tu.hehe.
setelah sy tanam anggur beberapa bulan, skrg ni sy dah dpt keje.alhamdulillah..=) tanam anggur sbb diri sndr yg tolak keje yg dpt sblm ni..ngeh..ngeh..
to ein : stadi sebelum intebiu mmg penting.. n satu lg tips kiter stadi sedikit berkaitan kompany yang kiter nak interbiu tu. satu extra point bg kita buat demikian.
betol2..kena tau jugak serba sedikit pasal cmpny tu. 1st time sy p interview dulu, mmg dieorg tanya soalan ni..susun ayat leklok, n cube je jwb.hihi..pastu, nanti interviewer tu tambah2 explain pasal cmpny dieorg..
Post a Comment