01 October 2009

Jom Ramai-Ramai Ke Majlis Konvokesyen UTEM ke 5... 3-4 Oktober

Salam...

Untuk pengetahuan semua pada 3-4 oktober ini akan diadakan Majlis Konvokesyen bagi pelajar yang telah tamat baru2 ini.

Kepada semua yang berkesempatan, Anda juga di jemput hadir ke Pesta Konvo Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang ke 5. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan diadakan, dari pameran, pertandingan, persembahan, gerai jualan dan tak lupa juga pada makan2..

Selain itu...


Kali ini adalah pertama kali UTEM menggunakan dewan besar nya yang baru sahaja siap dibina, dari jauh, dari fakulti lanun tersergam indah dewan yang benar2 besar tu, ia juga dilengkapi lanskap yang cantik bersebelahan sebuah tasik. Macam satu fusion antara teknikal dan alamsemulajadi. Lanun harap semua nya lancar kerana ini juga pertama kali ia dibuat di kampus induk durian tunggal. Tahniah UTEM.

Selain itu pada hari Jumaat ini pada pukul 3 petang akan diadakan majlis rumah terbuka aidilfitri bagi pelajar Luar yang diadakan oleh Jawatankuasa Pelajar Luar, yang diketua oleh En khairuddin. Semua pelajar luar dijemput hadir untuk memeriahkan program. Jamuan disediakan, Jamuan akan bbertempat di bahagian belakang Perpustakaan Besar UTEM.


Perkara ke 3 adalah Sukan Antara Fakulti SAF yang turut akan mula berlangsung pada hujung minggu ini juga. Mana-mana yang berminat boleh bersama-sama memeriahkan acara sukan ini. Terdapat pelbagai acara, dari sukan air, darat dan sbgnya..

Tahniah kepada semua Graduan...


* Back To Halaman Utama *
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

~0~ said...

jauh la nak turun sana...

LaNuNsepet said...

kalu jauh... takpe.. leh tgk update pesta konvo kat blog ni..

LaNuNsepet said...

kalu tak sibuk lanun cuba uptade INsyaAllah...