17 October 2009

Mahukan Macam-Macam, Tapi Gagal Merancang....

Salam...

Merancang satu perkara yang kita buat tiap2-tiap hari. Terfikir nak tido, nak g tandas, nak study pun satu perancangan jugak sebenarnya..walaupun jarak perbuatan dengan lafaz dihati/mulut kita hanya singkat. Bukan dalam perjalanan sahaja perlu merancang.. tapi dalam setiap perkara sebenarnya kita perlu merancang.


Korang sudah merancang untuk hari esok? atau main redah jer tanpa rancang sesuatu tu. Mesti dalam fikiran korang ada banyak perancangan2 yang lama dah korang idamkan. Contoh? pas stadi nak dapt kerja terus? nak beli kereta? nak kahwin? nak bukak bisnes pas habis study? . tak kire la mana satu korang rancang tu tapi setiap satu perkara perlu ada tindakan n plan.

First Car? he3.. mesti berkobar-kobar dengar first car. Nak ada keter sekarang mudah ja kan. Muka RM 0 pun bleh dapat kete sebijik kan. tapi macam mana dengan bayaran tiap-tiap bulan? kebanyakan orang seronok sebab mudah nak dapat kereta sendiri tapi bila tang bayar bulan2? sangkut.. lainlah kalau bapak dier tu boleh support bulan2 kan. Ini memang menuntut sangat perancangan dalam berbelanja. Kalu dah kerja, susun dan rancang perbelanjaan anda, jangan bagi short.

Kalu fikir nak kahwin, mesti rancang bila target korang nak kahwin tu.. Tapi sebelum tanya diri.. Pekerjaan kita macam mana? Duit cukup ke tak? Persediaan diri kita macam mana? Ilmu didada dan iman kita? Dalam kes ni tak boleh main redah jar sebab melibatkan insan lain kan. Jangan pandang mudah untuk berumah tangga nih, kita bukan nak hidup bersama 2,3 harikan tapi..sepanjang hayat. Jadi rancang-rancang kan, bila kita rancang pastinya kita akan dapat nilai setiap segi dan aspek yang kita kena tekan kan.

Dalam study pulak, setiap pelajar lagi banyak perlu ader perancangan masa depan. Kalu kiter main masuk ja univerisiti dan masih blur target kita selepas keluar nampaknya blur jugak lah masa depan kita. Sebab tu dari sekolah lagi perlu tahu kita nak menjurus kebidang mana? ni semua peracangan yang bantu kita untuk bentuk masa depan. Kita pernah dengar orang berhenti belajar separuh jalan apabila dapat kerja dengan Goverment, mungkin mereka yakin ini rancangan terbaik untuk masa depan dieorg. Korang setuju tindakan dieorg?

Bagi siapa yang tahun akhir macam lanun sepatutnya semester depan dah mula cari kerja supaya dapat satu pekerjaan sebaik sahaja tamat study. Pekerjaan akan membuka peluang kepada kita lebih banyak pengalman baru dan masa depan sebagai orang bekerjaya. Jangan rasa anda berada ditempat yang selesa sekarang, diluar saingan sangat kuat berbanding dahulu. Jadi , jangan tenang sahaja.. Nanti kiter akan menyesal tak sudah sebab kita dah bazirkan banyak masa yang sepatutnya kita isi dan boleh dapat sesuatu.. Ape guna tenang tak kena tempat kan? rancang betol2..

Lanun : Rancang perjalanan korang.....perjalanan hidup..



* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

19 komen disini yer..:

Azuan said...

suka merancang..
tapi last3 mesti tak ikut rancangan gak huhu.

LaNuNsepet said...

to manusia : rancangan kena la patuh..he3 (tp lanun pahamm)

lanun pun selalu jar last minute... tak suka.. tapi selalu jadi gtu...
berkaitan masa depan.. alhamdulillah perancangan tu ada.. :-)

hazari. said...

btul2.. sama ngan Manusia.. rancang je.. tapi.. payah nk buat.. heehee. tpi.. kadang2.. elok gak ngan plan last minute..

LaNuNsepet said...

to hazari : he3... student suka last minute..(lanun pun)

Anonymous said...

slm, knp kita(kita?) ni payah sgt nk ikut perancangan, huh? tula, psal umat islam skrg lemah.. na'uzubillah, minx dijauhkn n berubah..

zaiMi said...

gagal untuk merancang, merancang untuk gagal..

LaNuNsepet said...

to ariffah9 : betul tu.. nak berubah.. kena ubah diri sendiri...

to zaimi : merancang untuk berjaya, selangkah kearah kejayaan...

to coklatungu : cik ct xnak komen?meh lar..

srikandi mujahid said...

merancang memang mudah.
tapi bila tang laksanakan tu teramatlah payah.
oleh itu, perancangan perlu disertai dengan kehendak yg mantop.
biar disusuli dengan usaha untuk mencapai objektif.

CoKLaT uNGu said...

sy dtg ni.. :-) hehe...
sy suka merancang, pasang angan2, impian... dan seumpamanya..
bg sy, semua yg kita rancang mesti berpandukan 1 matlamat yg kita nak capai..
apa yg kita nak capai... usaha, angan2 dan rancangan kita mestilah menjurus ke arah itu..
setuju x my pakcik???

LaNuNsepet said...

to srikandimujahid : kalau hangat2 tahi ayam memang takkan jadi kan..

to coklatungu : he3..yer my makcik... bila dah ada matlamat, kita akan lebih gigih berusaha untukcapai nya. Semoga impian kita diredhai Allah dan tercapai :-)hendaknya.

arizWanmerahs said...

merancang tu perlu agar terurus kehidupan. Jika gagal tak mengapa kerana mungkin Allah SWT ada perancangan yang lebih baik dari apa yang kita rancangkan itu..

LaNuNsepet said...

to merah : kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan.. lanun yakin kalu kita usaha, tapi tiba2 tak dapat apa yang dicita, jgn kecewa kerana Allah sebenarnya akan mngurniakn kita sesuatu yg lebih besar nikmatnya sekiranya kita sabar...

dont giv up...with Allah..

auramerah said...

good luck final n good luck cr keje...selamat memasuki alam yg lebih mencabar..

**jeles ngn junior utem yg dpt grad kat dewan utem yg baru tuh**

Afham Rusli said...

For all of the comments given above...
Also for the entry...
and almost entire entries regarding the same topic...
~~~HARDLY TO FIND ANY TIPS~~~

anyway... its a good entry as a reminder or routine advise...

maaf la berbahasa inggeris...
ngeh3...

Few tips to share!

1. Pernah tak sesape fkr ttg utk catat semua perancangan kita pada sekeping kertas? Matlamat... Target(sasaran)... & Apa yang perlu dilakukan utk semua perancangan... Mesti dicatat!

2. Sebaiknya(minimum), ada 2 helai kertas... salah satu utk LONG-TERM GOAL, & satu lagi utk SHORT-TERM GOAL... senaraikan(list) semua menggunakan nombor, bukan guna dash atau titik atau sebarang simbol kecuali melambangkan nombor atau bilangan... sbg contoh, cara tips ini disediakan.

2.1. LONG-TERM GOAL: Sesuatu pencapaian yg perlukan byk usha & pengorbanan, serta ianya boleh diulang semula setiap kali ianya tercapai... sebagai contoh, aku nk jd penderma yg baik hati... mungkin time study ni, aku bleh derma masjid at least RM2 seminggu... bila dah bekerja, aku bleh derma RM5 seminggu... bila dah naik pangkat, RM5 sehari... bila dah jadi usahawan berjaya, RM100 sehari... DAN AKU MENCAPAI KEPUASAN DENGAN SETIAP DERMA AKU TU...

2.2 SHORT-TERM GOAL: sesuatu yg tidak perlu byk usaha & pengorbanan, dan ianya mungkin tidak berulang... sebagai contoh, aku nk skor 90% utk subjek Electronic Circuit (I) pada semester ni... maka hanya pada semester berkenaan sahaja aku perlukan usaha & pengorbanan utk skor 90%... katakan pada semester hadapan subjek Electronic CIrcuit (II) pula perlu ditempuhi, maka GOAL ini berulang.

2.3 SHORT-TERM GOAL sebaiknya atau seharusnya menjurus kpd LONG-TERM GOAL! Cuba fikir sistem bola sepak. Liga Juare-Juara hanya boleh dimenangi oleh pasukan-pasukan yang layak setelah bertanding di liga masing-masing... dan semua liga berulang setiap musim... Antara contoh lain, sukan olympic. Semua negara yg menyertai olympic hanya akan menghantar pemain terbaik yg pernah memenangi/menjuarai pada bidang sukan masing-masing... dan sukan olympic diadakan pada setiap tahun lompat (setiap 4 tahun).

3. Setiap yg disenaraikan tidak perlu ikut turutan... segala apa yg terfikir, trus ditulis tanpa was-was atau ragu-ragu... setelah siap menyenaraikannya... barulah kita tanda keutamaan bagi setiap yg disenaraikan, jika perlu utk tanda keutamaan...

4. Potong atau garis atau palangkan setiap perkara/perancangan yg sudah selesai dilakukan atau matlamat tercapai.

5. Adalah digalakkan dilakukan setiap hari utk matlamat atau perancangan harian... bgn pagi-pagi atau sebelum start buat kerja... senaraikan dahulu perancangan kita. Ianya amat membantu kita utk menjayakan perancangan kita.


MESTI korang tertanya-tanya... knape perlu catat?
Antara sebab yg aku bleh bagi di sini:
1. Setiap catatan perancangan atau matlamat adalah merupakan janji pada diri sendiri.
2. Kita semua tak perfect... Kadang-kadang pelupa. Dengan adanya senarai tercatat, bleh la kita rujuk ttg apa yg perlu dilakukan & apa yg dh dilakukan.
3. Selain catatan perancangan atau matlamat, kita juga bleh tambah nota-nota kaki ttg maklumat-maklumat yg perlu diselitkan bersama. Ala-ala nk try buat resepi kueh raya baru gitu... hehe...

Sekian... harap kalian puas hati...
sebarang komen ttg komen ini... dialu-alukan...

nota: komen ini tidak disemak struktur ayat, penggunaan gaya bahasa, dan sebarang ejaan serta tatabahasanya. =P

x-po said...

bagi aku, aku suka merancang bnda2 yang aku mampu wat je..bnda2 yg mmg aku rs xmampu nak wat, aku xkn rancang

CoKLaT uNGu said...

macam nak wat nota kuliah pulak yg kat atas ni....
tp ape yg dikemukakan oleh saudara afham tu memg btol...stuju 99%..

LaNuNsepet said...

to afham : thanx bro.. mmg mantap komen ko. patut la dulu aku tgk kat bilik ko ader tampal2... he3.. ko ckp n amal.. gudjob.

to x-po : thanx..ko kire sifu aku dlm blog ni..

to coklatungu : :-) :-) c.u...

datulkisya said...

pada yg nak abis stdy.mmg kena merncg.jagn pilih keje.ambik je pengalaman.yg ngh stdy korg kena fokus,pe yg korg nak.pada yg keje ade target pe in future.tkkan nk jd techinician sampai bile2 conth je..pada yg keje+ stdy cam aku.sendiri mau ingt r.klu tk merancang hidup tk kemana2 pun.

g@dis blUr said...

kekdg ape yg kite rncang xjd...kecewa gak...tp,msti de hikmah kn...
merancang haruslah diiringi dgn usaha dan doa...:)