11 October 2009

Nak Serang?? Misi Si Pasukan Bendera..... Kembali lah Bersatu, Jauhi persengketaan...

Salam...

Lanun dah banyak kali baca berkaitan isu nak serang malaysia ni. Lanun boleh dikatakan ikut dari awal dari pemulaan krisis ini berlaku.. Dari pelbagai sebab isu ini tercetus antaranya dimana pembakaran bendera malaysia kita dan kedutaan malaysia telah dibaling dengan telor busuk.

Jadi lanun pun nak cerita sedikit pendapat lanun dalam isu ini.. yang realitinya adalah angan2 merepek dari mereka.





Isu permusuhan ini dah lama terjadi, contohnya pada era Presiden Suharto, terdapat banyak juga suara-suara sumbang di media massa yang mahu pemerintah republik ini bersikap ‘lebih keras’ terhadap negara jirannya dan isu-isu utama yang kerap ditonjolkan ketika itu selalunya hanya berkaitan dengan layanan ke atas pembantu rumah Indonesia di Malaysia.

Kini permusuhan lama keluar kembali dengan media massa indonesia sebagai "Batu Api". Termasuk media internet indonesia. 31 Ogos lalu, sebilangan laman web Malaysia diserang hackers Indonesia. Lebih kurang ajar, pelajar mereka membaling Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan telur busuk. Pelbagai isu telah dijadikan modal untuk menghemtan malaysia.

  1. Isu Tarian Pendet yang media malaysia telah jelaskan..
  2. Kes pembantu Rumah ( Baru2 ni demand gaji tinggi, merepek..)
  3. Kes Manohara ( model yang kahwin ngan kerabat sultan kelantan)
  4. Penggunaan lagu pakaian n budaya n makanan ( merepek betol)
  5. Kini mereka telah memanggil kita gelaran pencuri/maling.

Lanun yakin sebenarnya rakyat indonesia yang kurang terdedah dengan maklumat sebenar telah terpengaruh dengan mainan media massa ini. Terutama TV dan Internet. Mereka ini hanyalah media yang mencari keuntungan apabila timbulnya isu hangat sebegini.


Wahai saudara islamku rakyat indonesia, anda sedang dipermainkan...mereka (media) sedang mengapi2kan anda untuk membuat tindakan yang tak masuk akal. Sekiranya terjadi apa-apa merekalah yang untung dengan isu yang timbul hasil titik peluh korang berlatih dan berdemo. Peluh dan penat anda hanya terbazir begitu sahaja tanpa sesen/serupiah anda dapat. Anda memang telah tepengaruh dengan mainan berita orang2 fasik yang berniat jahat memecahbelahkan kita.. Renungi ayat ini supaya kita sedar menilai sesuatu berita itu,

Firman Allah : “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Lanun menyeru rakyat indon supaya matanglah dalam pemikiran anda, kita serumpun. rumpun melayu yang terkenal dengan Tanah Melayu. Kita sepatutnya kembali berpegang kepada Islam yang menyatukan dan menggagahkan masyarakat melayu. Tumpukan kepada isu semasa yang lebih penting, pembangunan akhlak dan sahsiah serta membantu penduduk di padang yang amat perlukan bantuan. Dengan kesatuan kita sebagai negara yang ramai rakyat beragama islam, lebih banyak perkara berfaedah untuk kita lakukan bersama untuk rakyat kedua2 negara. Tapi, kesatuan ini hendaklah di atas semangat taqwa supaya ia kukuh benar-benar kukuh. Firman Allah..

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (Agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari pada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.”(Q.S.Ali ‘Imran:103)


Bagi Pasukan Bendera yang nak masuk ke Malaysia,kononya melalui udara laut darat dengan pasuka geriyla beserta pendekar ilmu kebal tu.. hentikan la provokasi anda. misi anda hanyalah misi merepek yang tidak akan kesampaian. Kami di malaysia lebih matang dalm isu sebegini dan kami yakin orang yang datang dengan sikap marah dan dendam yang tak tentu hala pasti akan terhalang dan tidak kemana. Takutlah dengan Allah.. Fikirkan kembali Bala yang menimpa negara kalian, itu hanya secebis halus kuasa Allah.. Insafi kelemahan kita dan baiki ia dengan kembali kepada fitrah ISLAM... jangan biar musuh menyelinap pengaruhi kita.

Selain itu, Lanun juga yakin selain media mungkin ada terdapat golongan-golongan yang mencetuskan situasi ini. Golongan ini mungkin ada agenda tersembunyi dan akan mengambil kesempatan apabila keadaan huru hara. lanun berpendapat begini kerana presiden indonesia sekarang Susilo bambang Yudhoyuno telah dikecam penakut dalam isu ini. Mungkin golongan ini cuba menggunakan isu ini untuk mencipta huru hara dan juga cuba mengeruhkan hubungan antara dua negara. Presiden SBY turut di "diserang" dengan ramalan pawang. lagi satu pemikiran khurafat dan merepek yang jahat memengaruhi rakyat indonesia..

“Lihat nombor-nombor dalam tarikh lahirnya, 9 September, 1949, itu menandakan sial. Lagi lama beliau memegang kuasa, lagi banyak bencana besar akan berlaku," dakwa ahli politik veteran parti pembangkang merangkap pawang, Permadi.

Mempercayai berita2 dari orang fasik pastinya akan memecah belahkan kite, bagaimana kita mahu maju jika masih percaya dan termakan idea2 jahat yang sebenarnya mahu mengambil kesepatan kepada kita. Sedarlah wahai rakyat indonesia.


Kepada rakyat Malaysia janganlah termakan dek provokasi mereka. Biarkan api kecil dendam mereka padam dengan kematangan kita menjawab isu yang mereka timbulkan. Isu ini akan tenggelam sekiranya pemimpin amik langkah proaktif, kepada semua blogger gunakan masa ini menjawab tohmahan dengan matang dan bijak. Mereka perlukan kita sebenarnya, negara mereka perlukan kita. Tanpa Malaysia rakyat indonesia termasuk businessman, artis, pekerja2 lain akan hilang harta pencarian.


Lanun : Kembalilah kepada kesatuan melayu dibawah panji ISLAM wahai rakyat Indonesia.... ISLAM menjamin kehidupan yang sejahtera. Kepada Dalang isu ini tunggulah azab dari Allah anda telah cuba memutuskan persaudaraan antara dua pihak.

“Dan janganlah kamu serupa dengan orang-orang yang telah berpecah belah dan berselisih, sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.” (Q.S.Ali-’Imran:105)


* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

12 komen disini yer..:

CoKLaT uNGu said...

kenapalah mereka masih x sedar dgn bala yg Allah tlh tunjukkn skrg ni..
saudara2 sedang besedih ditimpa bncana... mereka pulk sibuk n smpt lg merncg agenda jahat seprti ini...ya Allah..apa nk jd...

LaNuNsepet said...

em2.. patutnya tumpukan bantu mangsa2 yg amat perlukan bantuan tu.. tapi ni terbalik pulak.. isu yang remeh dibesar2kan...

saper la agaknya yang merancang agenda jahat ni kan wak..

CoKLaT uNGu said...

yer wak..pastikan bukan awak yer...

LaNuNsepet said...

saya? eh bukan... saya rancang benda lain...

IxoR@ said...

Ada segelintir kumpulan yg memperbesarkan hal ni…

Ixora kurang suka isu sebegini, lebih baik kita tumpukan kepada isu bencana alam ~ Gempa Bumi….entah kenapa mereka tidak ambil pengajaran dr apa yg berlaku di sana….

Minta dijauhkan perkara yg tidak baik…..

chekZu said...

Moga Allah melindungi negara kita..

nurul iftitah a.k.a ifti da' toteq said...

buta mata...buta hati..hm

CoKLaT uNGu said...

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu kemana hendak di tuju
Kehilir atau ke hulu

LaNuNsepet said...

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalamaan diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat ditangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi kita buta hati menderita

CoKLaT uNGu said...

ewah3.....sambung lak dier...

asshafiee said...

harap semangat tanpa iman tak akan jadi dan percaya ia akan bawa musibah kepada indonesia

sebenarnya betul lanun orang indon ni kurang terdedah dengan isu seperti negara luar dan semua, sebab itu lepa kurang tahu isu2 global

sebenarnya orang indonesia ini tak pandai nak menghargai pemberian orang, contohnya gempa baru ini malaysia hantar bantu kepada mereka indon, sunami, kerja di negara ini dan banyak lagi

aiyrie said...

Assalamu'alaikum,

Minta izin tumpang lalu.

Ada benyak perkara yang perlu kita lihat dalam isu ini. Bukan setakat rakyat Indonesia sahaja. Kita juga mungkin telah tertipu dengan mainan media dalam isu ini.

Antara harapan saya ialah, agar tiadalah umat Islam di sana atau di sini yang termakan dengan hasutan jahat tersebut. Belumlah lagi saya jumpa ada ulamak Indonesia yang menyokong isu sweeping Malaysian dan ganyang Malaysia. Semasa zaman isu ganyang Malaysia dulu, Alm. Prof. HAMKA juga menolak isu ini.