Showing posts with label ayah dan bonda. Show all posts
Showing posts with label ayah dan bonda. Show all posts

09 May 2010

Berapa Kos Untuk Lahirkan Ku dan Kos Besarkan Sampai Diriku Boleh Berdikari....Boleh Ku Bayar Cash...

8 komen disini yer..
Salam..
Sempena orang sibuk memperkatakan Hari Ibu ni, Lanun pun nak jugak wat satu artikel pasal insan yang istimewa sangat di hati Lanun. Tak lain dan tak bukan bonda, bersyukur sangat pada Allah masih kurniakan umur pada bonda agar dapat Lanun membahagiakan insan yang tak siapa mampu membalas jasa nya.

Senarai yang perlu direnung dan bolehkah di bayar? :
  1. Boleh ke wang / harta membalas kesusahan seorang ibu mengandung kite? cukup dengan rasa mual, hilang selera makan, pening pening, muntah, badan jadi penat gendong kita yang main membesar.
  2. Boleh ke wang / harta membalas kepayahan kesakitan semasa ibu melahirkan kite? dengan kesakitan, pening, lemah anggota badan, ada bedah, tinggal dengan luka pembedahan yang menyakitkan, tiada siapa dapat rasa melainkan seorang ibu.
  3. Boleh ke wang / harta membalas penat lelah ibu membesarkan kite? dari kecik sampai boleh berdikari. Sket sket mak, nak duit mak, nak tu nak ni mak, ada yang mak basuh pakaian, gosokkan baju, hantar k sekolah, masa kecik kena tunggu dekat tadika, panas, memasak masakan, sediakan minuman, untuk sekeluarga pulak tu? untuk berapa lama? kalau adik beradik ramai.. bayangkan kepayahan seorang ibu yang tak pernah merungut.
  4. Ibu dah boleh berputus asa dengan penatnya membesarkan semua adik beradik kita, tapi tak pernah merungut tapi tetap abadikan hidupnya untuk kite semua.. Setiap jam, setiap hari, sepanjang bulan, sepanjang tahun tanpa henti, siang dan malam,hu3 kekuatan apa yang ada pada seorang ibu? kekuatan semangat utk melihat kita berjaya.
  5. Ibu jugak lah yang bagi pujuk kita, tenteram kita bila kita menangis, bagi motivasi bila kita lemah semangat, dia jugaklah yang bagi ubat, bagi duit juga, tahukah kita ibu adalah?
Ibu adalah? Seorang pakar motivasi, pekerja yang tekun tanpa rehat dan cuti setiap hari sepanjang tahun, juga pencari rezeki untuk makan minum kita bagi ibu yang bekerja, ibu jugak pengurus yang cekap mengurus semua anak anaknya tanpa merungut dan sentiasa sabar.

rugi serugi nya seorang anak bila dier dewasa merungut macam macam pada ibu nya sendiri, die tak tahu kalau ibunya bukan seorang yang sabar dah lama ibunya takkan lahirkan dan besarkanya dengan menampung kesusahan yang amat payah. 

Sesungguhnya kita takkan terbalas jasa mak dan ayah kita.. apatah lagi membalasnya dengan kemewahan, kasih sayang ibu,  kesusahan ibu mengandung, melahir dan membesar, titik peluh ibu, takkan dapat anakanda balas. Tapi anakanda akan cuba yang terbaik. Semoga Allah SWT merahmati dan menyayangi Ibu dan Ayah seperti mana Ibu Ayah menyayangi ku sejak kecil hingga kini....

Inspirasi ku, mak dan ayah... anakanda takkan terbalas jasa kalian... 

30 March 2010

Alhamdulillah, Study Nak Habis Dah...Terima Kasih Mak & Ayah...

10 komen disini yer..
Salam..

Tak lama lagi nak habis study dah, selama 3 tahun belajar degree ni macam macam ilmu dan pengalaman Lanun dapat. Orang pun macam macam Lanun jumpe dari yang normal sehinggalah yang tak normal he3.. 28hb april nanti merupakan hari terakhir Lanun kat UTEM ni. Bila dah nak habis ni rasa sekejap jar kan 3 tahun?

Alhamdulillah 3tahun amik degree semuanya lancar, tak da sangkut macam masa diploma dulu sampaikan kena extend satu semester. Orang lain 3tahun jar diploma Lanun 3tahun setengah..hu3. Tu lah balasan nya kalu masa awal-awal tak nak study betul-betul. Tapi takpe kan?  kegagalan dan kejatuhan nilah yang ajar kita untuk bangun n berhati hati lain kali. Kita takkan kenal kejayaan kalu kita tak rasa jatuh dan bangun.. tul kan?

Habis degree ni takdalah apa nak banggakan sangat pun.. kejayaan yang sebenar pastinya lah mendapat Syurga di alam yang kekal abadi. tapi di dunia ni kejayaan adalah bagaimana kita jadi seorang mukmin yang baik dan taat. Sebagai anak pulak, satu kejayaan lah jika boleh jadi anak yang baik dan taat pada dua org tua kita.

Ibu dan ayah.. mak n ayah.. or ape saje yang korang panggil dioerg lah salah satu faktor kita sampai tahap ni. Lanun dapat sampai tahap ni pun atas doa dieorang jugak. Betapa sayangnya mereka kat kiter carik duit untuk buat bayar yuran, belanja harian, hantar kiter dan paling penting titik peluh dieorg cari duit tu tiap tiap hari sejak kiter kecik lagi, ada jugak mak dan ayah dieorg masih lagi kerja sekarang untuk sara kita untuk belajar ni. 

Satu lagi, Doa, doa mereka berdua yang cukup mustajab. tak jemu dieorg doa untuk kejayaan kita dan adik beradik kiter yang lain. Tapi kita tu lar pas solat cepat cepat jar nak habis, doa pun simple sampai lupa nak doa untuk mak n ayah hu3.. 

Pasni lepas kita masuk alam keje ni.. Lanun harap dapat balas jasa diorg lebih dari sebelum ni. Pastikan kita semua tak lupa tanggung jawab ni.

Terima kasih omak n ayah...

15 March 2010

5 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Mak & Ayah...

4 komen disini yer..
Salam...

Hari ni nak kongsikan tips dan pendapat bagaimana cara nak bahagiakan mak dan ayah kita. Buat diri ni dan dan kawan-kawan lain yang masih bertuah memiliki ibu bapa sama ada masih sihat atau tidak, harap apa yang  dikongsikan kat sini sama-sama kita renung dan aplikasikan. 

Banyak cara kita boleh buat untuk bahagiakan hati dua insan istimewa ni. Ape yang Lanun kongsikan ni hanya secara umum dan mungkin tak lengkap dan boleh juga terima teguran dari korang sekiranya ada salah. Jom kita hayati 5 cara bagaimana untuk membahagiakan Ayahanda dan Bonda...

1. Taat dan Jangan lawan kata-kata mereka..