Showing posts with label ayahanda. Show all posts
Showing posts with label ayahanda. Show all posts

10 September 2010

Salam Lebaran Aidilfitri 1431H dari Blog Lanunsepet...

3 komen disini yer..
Salam...
Alhamdulillah akhirnya kita telah selesai menjalani ibadah puasa Ramadhan. Semoga didikan dalam bulan tersebut akan jadi ikutan dalam bulan bulan yang lain. Kini tibalah hari ini, Hari Raya Aidilfitri kembali kepada fitrah

Sempena dengan hari yang indah ini, Lanun mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca pembaca Blog Lanunsepet. Korang memang sangat best. Lanun jugak nak ucapkan selamat hari raya pada Mak dan Ayah Adik Beradik dan semua sanak saudara. Kalian lah kebahagiaan di pagi syawal ini.

Pada semua Lanun minta maaf zahir dan batin sekiranya ada buat salah kecil atau besar, sengaja atau tidak sengaja, depan depan atau belakang belakang Lanun susun sepuluh jari mohon maaf. Teruskan menerjah blog Lanunsepet ok, Lanun sekarang berada di kampung beraya bersama dengan keluarga, korang macam mana pulak? Jangan tak balik kampung sudeyy...

Peringatan Lanun pada semua :
  1. Hati hati di jalan raya
  2. Jaga aurat semasa berhari raya
  3. Jaga solat dalam ziarah ziarah
  4. Mohon maaf pada semua jika berkesempatan
  5. Jaga makan he3.. pada yang dah turun tu..jap je kang naik.
nah amik duit raya dari Lanun, print bape banyak pun takpa..he3..

p/s : Hari Raya hari Jumaat, jadi Solat Jumaat jatuh kepada Sunat?

30 March 2010

Alhamdulillah, Study Nak Habis Dah...Terima Kasih Mak & Ayah...

10 komen disini yer..
Salam..

Tak lama lagi nak habis study dah, selama 3 tahun belajar degree ni macam macam ilmu dan pengalaman Lanun dapat. Orang pun macam macam Lanun jumpe dari yang normal sehinggalah yang tak normal he3.. 28hb april nanti merupakan hari terakhir Lanun kat UTEM ni. Bila dah nak habis ni rasa sekejap jar kan 3 tahun?

Alhamdulillah 3tahun amik degree semuanya lancar, tak da sangkut macam masa diploma dulu sampaikan kena extend satu semester. Orang lain 3tahun jar diploma Lanun 3tahun setengah..hu3. Tu lah balasan nya kalu masa awal-awal tak nak study betul-betul. Tapi takpe kan?  kegagalan dan kejatuhan nilah yang ajar kita untuk bangun n berhati hati lain kali. Kita takkan kenal kejayaan kalu kita tak rasa jatuh dan bangun.. tul kan?

Habis degree ni takdalah apa nak banggakan sangat pun.. kejayaan yang sebenar pastinya lah mendapat Syurga di alam yang kekal abadi. tapi di dunia ni kejayaan adalah bagaimana kita jadi seorang mukmin yang baik dan taat. Sebagai anak pulak, satu kejayaan lah jika boleh jadi anak yang baik dan taat pada dua org tua kita.

Ibu dan ayah.. mak n ayah.. or ape saje yang korang panggil dioerg lah salah satu faktor kita sampai tahap ni. Lanun dapat sampai tahap ni pun atas doa dieorang jugak. Betapa sayangnya mereka kat kiter carik duit untuk buat bayar yuran, belanja harian, hantar kiter dan paling penting titik peluh dieorg cari duit tu tiap tiap hari sejak kiter kecik lagi, ada jugak mak dan ayah dieorg masih lagi kerja sekarang untuk sara kita untuk belajar ni. 

Satu lagi, Doa, doa mereka berdua yang cukup mustajab. tak jemu dieorg doa untuk kejayaan kita dan adik beradik kiter yang lain. Tapi kita tu lar pas solat cepat cepat jar nak habis, doa pun simple sampai lupa nak doa untuk mak n ayah hu3.. 

Pasni lepas kita masuk alam keje ni.. Lanun harap dapat balas jasa diorg lebih dari sebelum ni. Pastikan kita semua tak lupa tanggung jawab ni.

Terima kasih omak n ayah...