Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

19 May 2010

"Star CTR" Lanunsepet UP!!! Satu Bintang.....

0 komen disini yer..
Salam...
Dari dulu hinggalah hari ni, Star CTR (click through ratio) blog Lanunsepet tak pernah pun nak bertambah, asyik 3 bintang jer. Tapi sekarang, nuffnang bertambah kamcing dengan blog Lanunsepet nih. Kat leaderboard 1 bintang lagi dah muncul menjadikan Star CTR untuk leaderboard jadi 4 bintang. Ape maksudnyer?

up up and away....

More star, more ads... Lebih bintang lebih banyak iklan...
More star, more earnings... Lebih bintang lebih masyukk....

Untuk sapa sapa yang tak tahu apa maksudnya bintang CTR tu meh kat sini Lanun terangkan, Bintang-bintang di sebelah kanan statistik korang dalam nuffnang tu menunjukkan "rating click". Rating ni berdasarkan nisbah klik pada iklan di blog korang tu dapat. 

Contohnya iklan Lanun kat atas ni, leaderboard adalah paling banyak dapat klik dari pembaca, jadi dengan naiknya rating tu pengiklan akan lebih berminat nak letak ads kat blog kiter (dapatlah buffered earnings). Jadi dengan rating ni kiter leh tahu guane rating kita dimata pengiklan. Bintang ni jugak jadi sebagai penanda aras kita sebagai pemapar iklan

Nak tambah star CTR?

Pendapat Lanun, untuk tambahkan star rating CTR ni kenalah kerja keras tingkat trafik. Tu je lah satu satunya cara untuk tambah CTR (Click Through Ratio). Nak tambah tu macam mana pulak? belajar lah dari yang pakar iaitu Lanun.. eh bukan.. mestilah pada JustKhai (Teknik meningkatkan trafik blog yang dijamin berkesan).

15 May 2010

Tahniah : Lanun Terpilih Dalam Blogger Award Negeri Pasir Berdengung...

4 komen disini yer..
Salam...
Mula mula sekali nak gtau yang badan Lanun oh sungguh lah penat balik dari karnival kerjaya dan keusahawanan k3g kat PWTC tengahari tadi. cuaca panas tambah dengan kesesakan memang menguji kesabaran betul. Ni lah semangat orang na cari kerja ha3. InsyaAllah.. usaha dah dibuat.. doa dan tawakal menyusul pasni lak.

Tahniah tahniah.. Lanun dapat dapat (2 award kan?) blogger award dari Keyyah dari negeri pasir berdengung he3. Pandai-pandai jar Lanun bagi nama negeri dier pasir berdengung macam dalam citer Pramlee. Papepun keyyah Lanun memang tak tahu Keyyah asal mane? kalu baca ni sila jawab k. Lanun dapat 2 award nice blogger award and sunshine award, thanx Cik Keyyah..satu lagi guane sebut "keyyah" ni? actually Lanun baca "kenyah" selama ni ha3.
award sebab Lanun ni nice... keyyah kate.

award sunshine sebab Lanun dah hitam kena sunshine selalu..

1. Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang?
Nak rehat badan penat... nak sms...
2. Apakah nama samaran kamu?
Lanunsepet
3. Berikan 3 orang yang kamu sayang.
islam, mak, ayah,uci,nenek, adikbradik, bakal tunang n sedare mare..
4. Panggilan untuk si dia.
Panggil nama depan dia.
5. Hadiah yang kamu impikan dari seseorang yang istimewa.
hmm.. zuriat, kereta vios, rumah banglo... kejam x?..
6. Blog mana yang kamu suka visit?
blog 4 orang budak master... keyyah, ser, dalila, adah,
7. Tagkan kepada 15 orang rakan blogger kamu.
ramainya... Lanun bagi pada 5 ja lah.. kekangan internet slow sangat sekarang nih.
Sudi sudilah amik yer kekawan, Moga persahabatan kita terjalin bahagia... mmm.. manisnya ayat....

27 April 2010

Tentera Merah Yang Diperalatkan Menjadi Tentera Bodoh, & Besok Paper Terakhir... Lanun Cuma Ada Masa Kurang 24 Jam Je Ni.....

4 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah.. selesai jamuan semalam.. seronok dapat sama sama dengan semua kawan kawan satu kelas sebelum pasni semua pergi bawak diri masing masing. Lanun pulak? tak bawa diri jauh pun, just kat sini jugak, Melaka tengah he3.

Esok pulak paper terakhir, subjek pneumatik industri. beban terakhir yang Lanun dok gendong. Masalahnya sekarang 1 ape Lanun tak study lagi. Masa pulak kurang dari 24jam ja yang Lanun ada. Leh ker nak cover semua topic ni? Soalan bocor takda... Tips tu ada la sikit... Adakah Toyol akan diperlukan besok? jangan... no cheating no cheating ek.. he3.

Lanun nak sentuh sket isu, tentera merah di thailand yang dok berdemo tu. Mereka ni semua penyokong thaksin PM thailand yang dulu, dia bukan baik sgt pun dah la rasuah, amal kronisme, and of course kaya and dia memang byk pengaruh. Pasukan bola sepak antarabangsa pun dia beli punya kaya. Sekarang ni thailand kucar kacir, ekonomi jadi tambah lumpuh, transpot awam jadi tak boleh nak gerak, darurat, orang tak boleh pergi kerja sebab tiap tipa hari tentera merah ni betempur dengan tentera kerajaan. orang yang mereka perjuangkan thaksin. tapi mana thaksin? thaksin seronok gelak2, happy2, enjoy kat negara lain, penyokong dia yang menderita sebab perjuangkan si thaksin tu. Apa dieorg dapat? dapat letih, cedera, mati pun ada. Rugi rugi dan rugi.. terlampau taksub ni lah jadinya. 

Ok thats all nak g study..tik tok..tik tok.. (perjuangkan orang yg menegak kebajikan dan keadilan!!)

penyokong thaksin serang tentera kerajaan n rampas senjata dieorg. 
tiap tiap hari dieorg dok bertempur, apa dapat??


06 April 2010

Lanunsepet Menjemput Semua Untuk Link Exchange... Tambah Rating.. Tambah Trafik...

0 komen disini yer..
Salam...

Lanun harap semua sihat, dan terus sukses dalam ape jugak perkara korang buat. Lanun sekarang dah nak masuk minggu final dah. pas exam tamatlah zaman student Lanun. Buat masa ni tak da la nak sambung belajar dah. Kalu sambung pun, bila di suruh kementerian barulah Lanun akan amik master.
Ok, hari ni Lanun nak umumkan kat semua yang Lanun buat pages baru. Korang perasan tak link Tukar2Link kat menu tab atas tu? Lanun sediakan satu page untuk kita buat exchange link. Korang semua leh submit link korang kat Lanun melalui form yang ada kat situ. 

  1. Just  klik pada menu tab kat atas nun Tukar2Link
  2. isi form ringkas tu, 
  3. n then klik submit. Lanun akan masukkan secepat mungkin link yang korang dah submit tu.

Pada hemat Lanun, link exchange ni juga boleh tingkatkan rating blog korang secara tak lansung menaikkan trafik ranking kita dalam search engine. Ia juga di kenali sebagai back link if i not misktaken lar. So, Lanun alu-alu kan semua submit Link korang. Semoga ia jadi satu permulaan ikatan persahabatan antara kita.

20 February 2010

Ziarah Kg Kuala Tekai, Cuti dah Habis... Lanunsepet Kembali Lagi...

2 komen disini yer..
Salam..

Ape khabar semua? harap semua sentiasa sehat :-) . Hu3..seminggu blog tak di update, ni la orang panggil cuti sebetul2nye kan. Kalu cuti kiter cuti betul2 kalu kerja or stadi kiter keje & stadi betul2.

Rasanya semua orang cuti mase CNY aritu, kalu tak cuti tu memang korang rajin sungguh bekerja. Macam orang len Lanun pun cuti gak, balik kampung hari tu sampai hari khamis n then ni baru sampai subuh tadi. Dalam seminggulah cuti kan. Pas sampai tadi sempat cek nuffnang, minggu ni dapat 20hengget jer.. ok la tu kan.. Alhamdulillah.. ;-)

Balik kampung kali ni tetap best macam sebelum2 ni. Kumpul ramai-ramai, berkongsi cerita terbaru, main2 dengan anak buah, dukung anak buah baru, g mancing and tak luper g kenduri, al maklumlah cuti skolah kan.

08 February 2010

Blog lanunsepet.blogspot.com di Google Search Engine !!!

8 komen disini yer..
Salam...

Malam tadi Lanun macam biasa, surfing n buat blogwalking like usual, pastu lanun saje lah try search kat google keyword "lanunsepet", oh!, terkejut juge bile tengok "lanunsepet.blogspot.com" dan tersenarai kat search list tu. He3.. bangga pun ada.. ape ek maksud dier? maksud nyer Lanunsepet ni popular la kan? ha3.. yeke... perasan la kot.

Terimakasih kepada semua pengujung blog lanunsepet.blogspot.com, harap korang terus merajinkan diri visit blog nih lagi, apa yang baik kita akan kongsikan sama-sama, info, tips, artikel and berita InsyaAllah. Silent reader pun tak per, leh gak tingkatkan trafik di lanunsepet.blogspot.com ni. Tak lupa jugak pada Nuffnangers lak teruskan kunjugi blog ni and then insyaallah lanun akan balas kunjugan korang jugak k. 


 Lanunsepet : he3..tak sangka betull.. ada lanunsepet kat list search google.. Besok n lusa lanun ada test, pneumatic (isnin), engineering ethics & automation (selasa)...