Showing posts with label cara memohon. Show all posts
Showing posts with label cara memohon. Show all posts

18 June 2011

Pengambilan Pelajar Baru Sesi Julai 2011 Bagi ILP,JMTI,ADTEC Dibawah JTM..

0 komen disini yer..


CETAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
SESI JULAI 2011 - PERINGKAT SIJIL KLIK SINI

CETAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
SESI JULAI 2011 - PERINGKAT DIPLOMA KLIK SINI

21 November 2010

Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

7 komen disini yer..
Salam.. Lanun kongsikan info dari Laman Web MOE :

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010. Sila klik di sini : http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg/

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

SEBARANG MASALAH SILA RUJUK PENGUMUMAN ASAL DI WEBSITE MOE [www.moe.gov.my] SILA RUJUK BAHAGIAN PEMBERITAHUAN.. SKROLL KEBAWAH BHGN PEMBERITAHUAN DI WEB MOE UNTUK BERITA LEPAS.


LINK ASAL : http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1493
WEB MOE : BHAGIAN PEMBERITAHUAN http://www.moe.gov.my/?id=13

10 November 2010

Universiti Tenaga Nasional UNITEN TNB Pengambilan Kemasukan November 2010

1 komen disini yer..
Salam..
satu info Lanun ingin kongsikan kepada semua, iaitu UNITEN telah membuka kemasukan pelajar baru untuk sesi november 2010. Pada yang berminat untuk menyambung pengajian disini bolehlah memohon secara online. Kursus yang ditawarkan antaranya Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Bisnes, Pentadbiran, Perakaunan.

Tarikh tutup permohonan : 30 November 2010
Cara memohon : Secara online melalui website Online Aplication Website
Website rasmi : http://www.uniten.edu.my/

08 November 2010

Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011

0 komen disini yer..
Salam...

Ini adalah info yang Lanun ambil dari website KPM :
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 8 November 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila lini ini untuk ke laman web tersebut : http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

13 October 2010

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011

1 komen disini yer..
Salam... Info dari Lamanweb KPM

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan JQAF dan SR

Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.

Dalam laman web permohonan korang leh dapatkan maklumat dibawah :

  1. Iklan Permohonan
  2. Kesesuaian Ijazah Dengan Bidang Pengajian
  3. Struktur Program
  4. Kalendar Aktiviti KPLI-SR & KPLI j-QAF
  5. e-Panduan Permohonan
  6. Contoh Borang Permohonan
  7. Mengisi Permohonan KPLI-SR & KPLI j-QAF
Sekian, terima kasih.
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

15 August 2010

Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Disember 2010

2 komen disini yer..
Salam..
Agak lama Lanun tak update berkaitan hal education ni. Lanun minta maaf kerana kekangan masa yang tak mencukupi. Arini Lanun mula buka laman laman utama institusi pendidikan semula demi mencari maklumat yang boleh kita kongsi bersama kerana mungkin ada yang berminat.

Laman Web Politeknik :

26 April 2010

Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT Untuk Peringkat Sijil Hinggalah Ke PHD...

2 komen disini yer..
Salam...
Tadi Lanun macam biasa tengok website mohe.gov untuk cari maklumat terbaru. Hari ni bu jumpa maklumat berkaitan dengan pembiayaan bantuan kewangan untuk warga istimewa iaitu OKU. Pastinya ini jadi satu peluang untuk golongan istimewa OKU untuk menyambung pelajaran. Anda OKU juga berpeluang unutuk dapat hak yang sama dan kecapi kejayaan. Jadi hopefully maklumat ni membantu semua. Sebar-sebarkan.


SKOP PEMBIAYAAN BANTUAN KEWANGAN
Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja.

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
Diploma - 3 tahun
Sarjana Muda - 4 tahun
Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
Sarjana - 2 tahun
Ph.D - 4 tahun

Untuk lebih lanjut dan terperinci sila [KLIK SINI]

15 March 2010

Pengambilan Pelajar Baru Sesi Julai 2010 Bagi ILP,JMTI,ADTEC Dibawah JTM..

1 komen disini yer..
CETAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
SESI JULAI 2011 - PERINGKAT SIJIL KLIK SINI

CETAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
SESI JULAI 2011 - PERINGKAT DIPLOMA KLIK SINI

Semakan sijil ILP JTM dan Diploma ADTEC & ILP JTM telah boleh diperoleh melalaui link dibawah. Jika ada masalah sila rujuk website utama JTM.
  1. Semakan Sijil ILP JTM [ KLIK SINI ]
  2. semakan Diploma ADTEC dan ILP JTM [ KLIK SINI ]
  3. Senarai berjaya JMTI  [KLIKSINI ]
  4. ADTEC Panggilan Temuduga [KLIKSINI]
  5. Panggilan Temuduga Kursus Chargeman & Diploma Bangunan ILP [KLIKSINI]
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengikuti latihan kemahiran di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan di 27 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam bidang berikut:


INSTITUSI DIBAWAH JTM :
1.Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
2.Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
3.Institut Latihan Perindustrian (ILP)


BIDANG YANG DITAWARKAN
1.Mekanikal & Pengeluaran
2.Elektrik & Elektronik
3.Sivil & Bangunan
4.Bukan Logam
5.Teknologi Maklumat
6.Percetakan


CARA-CARA MEMOHON
1.Permohonan secara online sahaja di pautan ini: [KLIK SINI]
2.Tarikh tutup permohonan: 12 April 2010.
3.Permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tutup akan diproses untuk kemasukan sesi yang akan datang.

07 March 2010

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT Sesi Jun 2010 Kini Dibuka...

9 komen disini yer..
**new KLIK SINI : Laman Web Semakan Keputusan Politeknik Sesi Jun 2010

Salam...

Dijadualkan hari ni 7Mac iklan "Permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2010" akan disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia. Terdapat 27 buah politeknik menawarkan pelbagai kursus, dan tawaran telah pun dibuka kepada semua warganegara malaysia. Anda boleh mula memohon secara online.

PEROMOHONAN ONLINE MELALUI : [KLIK SINI]

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT adalah dbuka untuk :
Lulusan SPM dan setaraf
Lulusan Sijil Politeknik KPT
Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
Lulusan Diploma Politeknik KPT
Lulusan Pendidikan Khas KPM
Lulusan Sijil IKM juga layak memohon
Pemegang Sijil SKM juga layak memohon

Tarik tutup permohonan : 2 April 2010
Keputusan Permohonan : 8 Mei 2010
Senarai Politeknik Di Malaysia : [KLIK SINI]
Perhatian : Anda diminta membeli no pin di BSN sebelum memohon secara online.

Pertanyaan : 03 8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108/ 4109 atau emel: pengambilan@politeknik.edu.my

**new KLIK SINI : Laman Web Semakan Keputusan Politeknik Sesi Jun 2010